SARINGAN suhu badan, mendaftar nama dan nombor telefon termasuk mengimbas kod QR untuk memasuki premis perniagaan antara kebiasaan baharu semasa pandemik Covid-19. Gara-gara mendaftar masuk menggunakan nombor telefon bapa, seorang gadis terkejut apabila ayahnya menerima mesej daripada seorang lelaki tidak dikenali pada waktu malam. "Maaf kalau kacau awak, tapi awak Nawal kan? Sebelum tu nak tanya dah ada BF (teman lelaki) ke? Saya dapat nombor telefon awak dari bank tadi. Nak kawan boleh? Saya yang pakai topi tadi, ” kata lelaki itu menerusi aplikasi WhatsApp menerusi nombor telefon milik bapa gadis itu. ARTIKEL BERKAITAN: Nasib 'hot daddy', keluar dengan anak sendiri, 'makcik bawang' kata curang! ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe speechless! Pertama kali WhatsApp bapa kekasih minta izin dating dibalas gambar tanah kubur – "Girlfriend saya pesan suruh tunggu..." "Awak ni siapa? Ni bapa Nawal," ujar bapa gadis itu sebelum lelaki berkenaan terus mendiamkan diri. Perkongsian Nawal di laman Twitter meraih perhatian netizen. Berkongsi insiden lucu itu, gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nawal berkata, ia berlaku susulan kehadirannya ke bank di Ipoh, Perak pada Rabu lalu. Remaja berusia 18 tahun itu mengakui dia mendaftar kehadirannya di bank tersebut menggunakan nombor telefon bapanya, dan ia bukanlah kali pertama dia berbuat demikian. "Saya sebenarnya tak hafal nombor telefon sendiri, sebab selalu bertukar-tukar guna yang pra-bayar. Nombor telefon ayah pula senang nak ingat, jadi apa-apa saya guna nombor ayah. "Memanglah lebih selamat kalau letak nombor telefon ayah untuk elak kena kacau, tapi saya betul-betul tak ingat nombor sendiri," katanya kepada mStar. Mesej yang diterima bapa Nawal daripada seorang pemuda. Mengimbas kembali kejadian di bank, Nawal berkata, dia bermain permainan video popular PUBG sementara menunggu gilirannya untuk berurusan di kaunter. "Selepas saya habis main PUBG kira-kira 10 minit, tiba-tiba ada ada suara menegur saya dari tempat duduk di belakang. Saya toleh, nampak seorang lelaki berpakaian kasual dengan topi dan pakai topeng muka. Saya sebenarnya tak hafal nombor telefon sendiri, sebab selalu bertukar-tukar guna yang pra-bayar. Nombor telefon ayah pula senang nak ingat, jadi apa-apa saya guna nombor ayah NAWAL “Dengar suara macam muda lagi, mungkin awal 20-an. Dia tegur katanya nak ‘jumpa’ saya dalam PUBG malam tu. Saya bergurau cuma kata okay. "Kalau dia nak join main PUBG dengan saya kenalah ada ID (pengenalan diri) saya. Tapi saya tak bagi pun," katanya sambil menambah bapanya menunggu di kereta ketika itu. Nawal menjelaskan hanya nombor telefon bapanya yang diingatinya. Justeru, anak sulung daripada dua beradik itu tidak menyangka pemuda berkenaan berani mendapatkan nombor telefonnya daripada buku rekod kehadiran di bank. "Dia mungkin ambil nombor saya untuk mesej di WhatsApp bagi dapatkan ID PUBG saya. Siap nak berkenalan lagi. Tapi maaflah tu nombor telefon ayah saya. "Ini bukan kali pertama ayah kena kacau dengan lelaki. Sebelum ni ada rakan lelaki mesej ayah sebab saya guna nombor telefon ayah untuk rekod kehadiran di tuisyen," ujarnya. Nawal tidak menyangka pemuda berkenaan mendapatkan nombor telefon darpada buku rekod kehadiran di bank. Malah, Nawal yang bakal menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas, Pulau Pinang memberitahu sebahagian kenalannya termasuk rakan-rakan perempuan ‘terpaksa’ menghubungi bapanya terlebih dahulu. "Nasib baik ayah sporting, dia tak kisah kawan lelaki atau perempuan telefon dia selagi perkenalkan diri. Tapi kelakar sebab nombor telefon rakan-rakan lelaki saya simpan dalam telefonnya, mungkin dia nak pantau pergaulan saya," ujarnya secara berseloroh. Susulan kejadian itu, Nawal berkata, dia kini telah berjaya menghafal nombor telefon sendiri. "Saya dapat hafal satu malam je. Tapi lepas ni saya akan gunakan kaedah pengimbas kod QR jadi untuk tidak mendedahkan telefon nombor saya kepada umum," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!