suria

Janji nak meminang buat awek promote bisnes kek, tambah pilu kanser ayah dah capai tahap 4! - “Habis intern je dah mula PKP”

Ikmal (tengah) yang juga anak bongsu daripada empat beradik bersama kedua ibu bapanya.

TAK sampai seminggu memulakan pernigaan kek, bapanya pula disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Begitulah kisah pilu melibatkan seorang pemuda, Muhammad Ikmal Jumari, 21, yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan awal tahun ini.

Katanya, perkembangan kesihatan bapanya, Jumari Rimin, 60, yang baru diketahui pada Selasa ternyata menimbulkan rasa sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

Mesra disapa Ikmal, dia juga mendedahkan baru sahaja selesai menjalani latihan industri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu sekaligus menyukarkan urusan untuk mencari pekerjaan.

"Sebelum ni saya belajar, habis intern je dah mula PKP. Memang tengah tunggu sambung degree, InsyaAllah tahun depan.

"Sekarang cari duit dulu. Mak saya berniaga kantin sekolah. Mak yang bagi cadangan untuk jual kek.

"Baru je mula jual kek dalam minggu ni, semalam pula baru tahu kanser ayah dah tahap empat. Sebelum ni memang dah tahu dia ada kanser paru-paru," ujarnya kepada mStar.

Ikmal mula berniaga sejak seminggu yang lalu.

Tambah Ikmal, dia mengambil inisiatif untuk berniaga bagi meringankan beban keluarga memandangkan bapanya juga sudah tidak bekerja.

Jelas anak bongsu daripada empat beradik itu, dia optimis perniagaan makanan mampu menjana pendapatan memandangkan terdapat permintaan tinggi setiap hari.

"Saya memang minat berniaga. Kalau jual baju atau kasut, untung mungkin banyak. Tapi orang tak beli hari-hari.

Nak kahwin bukannya senang, kena ada perancangan rapi.

MUHAMMAD IKMAL JUMARI

"Kalau makanan, orang hari-hari nak. Kalau sedap, orang akan repeat order lagi," ujarnya yang melakukan khidmat penghantaran di beberapa kawasan di Selangor seperti Cheras, Subang, Ampang dan Kajang.

Sementara itu, Ikmal mengakui terharu apabila kisah perniagaannya menjadi tular setelah dikongsi di Twitter oleh teman wanitanya, Syaza Zainal.

Kata gadis itu, dia mahu membantu Ikmal dan memohon sokongan orang ramai agar perniagaannya mencapai sasaran.

Ikmal (kiri) bersama ahli keluarganya.

"Dia cakap kalau capai target, dia masuk meminang," tulis Syaza sehingga menerima hampir 11,000 ulang kicau (Retweet).

Mengulas hal itu, Ikmal berkata ia merupakan perancangan jangka panjang dan kini mahu fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya.

Ikmal bersama Syaza Zainal.

"Benda tu (meminang) memang ada plan, tapi bukan dalam masa terdekat. Sekarang fokus cari duit dan belajar. Dah stabil baru meminang.

"Nak kahwin bukannya senang, kena ada perancangan rapi. Saya juga terharu dengan sokongan orang ramai di Twitter.

"Sangat terharu, tak sangka masih ramai orang yang baik hati, masih ada perasaan nak bantu," ujarnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain