BAHAYA ada di mana-mana, malang pula tidak berbau. Begitu juga angkara khianat, kita tidak sedar siapa syaitan bertopengkan manusia. Jika tersilap langkah, nyawa boleh melayang akibat perbuatan busuk hati. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri muncul selepas 2 jam termenung, terkejut kereta remuk macam dilenyek 'tanker' - "Menggeletar, aku fikir hidup ke mati... mungkin ini peluang kedua" ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk! "Semalam abang aku cuma tumpang parking lori sat je kat tempat lori dok parking, nak balik mandi. "Lepas mandi, nak jalan lori. Lepas tu tergerak hati nak periksa tayar lori," luah seorang adik menerusi posting yang dikongsikan di halaman Facebook Penang Kini. Kejadian berlaku di kawasan parkir lori. Gambar hiasan Menurut adiknya, satu penemuan mengejutkan apabila mendapati objek berbentuk tapak seperti selipar yang dipacakkan beberapa paku karat di bawah tayar lori abangnya. "Ya Allah... Allah lindung dia. Jumpa paku bawah tayar lori. Boleh noh hangpa pi (pergi) letak paku bawah lori dia. "Wahai manusia yang letak paku, kalau niat abang aku elok nak pi cari rezeki untuk mak dan bini dia... Allah lindung dia. Hangpa ingat malam tadi hari hangpa. "Niat hangpa tak elok kat orang. Musibah tak elok akan menimpa hangpa," ujarnya. Beberapa paku karat diletakkan di bawah tayar lori. Adik kepada pemandu lori tersebut mempersoalkan hak individu berkenaan yang tergamak melakukan perbuatan khianat yang boleh mengancam nyawa orang lain. "Jalan tu bukan jalan hangpa. Kalau hangpa bayar tak apa juga. Hati manusia yang buat ni nampak sangat tak elok," tambahnya. Wahai manusia yang letak paku, kalau niat abang aku elok nak pi cari rezeki untuk mak dan bini dia... Allah lindung dia ADIK Menurutnya, setiap perbuatan itu pasti akan mendapat balasannya daripada Tuhan. "Tuhan tak balas atas dunia, akhirat hangpa dapat balasan. Hangpa pun nak cari makan untuk anak bini juga. "Kalau niat tak elok kat orang, tak eloklah akan jadi masa hangpa pergi cari rezeki. Bertaubatlah. Orang pun nak cari rezeki, jangan ingat hangpa ja noh," katanya. Antara komen netizen. Rata-rata netizen mengutuk tindakan khianat itu yang dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan, kerana ia boleh membahayakan banyak nyawa. "Allahu. Kalau meletup ni bukan pemandu lori sahaja yang menjadi mangsa. Allah lindungi bro dari perbuatan khianat manusia yang jahat," tulis seorang netizen. "Kalau jadi apa-apa masa lori ni dok tengah jalan. Sekali pemandu yang lain jadi mangsa. Heret habis yang lain," komen netizen lain. Malah, ada yang mempersoalkan kegigihan pengkhianat dalam melaksanakan perbuatan jahatnya. "Rajin sungguh pi cari paku karat. Hati dia karat macam paku tu juga," kata netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!