suria

Dipungut dan dijadikan ahli keluarga, Kakak pasrah dikerjakan adik sampai tercabut bulu... mula-mula ushar pelik

Keakraban bayi perempuan bernama Daneen Farheen bersama kucing peliharaannya menjadi tular selepas gambar 'comel' gelagat mereka dimuat naik di Twitter.

MUNGKIN ada yang berpandangan memelihara kucing sewaktu usia anak-anak masih kecil sangat tidak digalakkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan.

Atas kebimbangan ini, ada segelintir individu yang bertindak memberikan kucing mereka untuk dijaga oleh orang lain, ataupun lebih teruk, membuang haiwan berkenaan tanpa rasa bersalah.

Namun tidak bagi pasangan suami isteri ini yang mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing sebagai ahli keluarga baharu, sekali gus menjadi peneman kepada bayi perempuan mereka yang menjangkau usia lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa ‘peneman’ pergi kerja – “Macam gangster yang sayang sangat mak dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali kedua

Perkongsian seorang pelayar Twitter bernama Fatimah Ali yang memuat naik gambar anak perempuannya bersama seekor kucing mengundang perhatian netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan hubungan akrab di antara anak perempuannya dengan si bulus itu umpama adik beradik.



Perkongsian seorang ibu muda mengenai gelagat bayi perempuannya bersama seekor kucing menjadi tular di Twitter.

Ketika berkongsi cerita bersama mStar, Fatimah mendedahkan dia bersama suami baru sahaja sebulan memelihara kucing yang dipanggil 'Kakak' itu.

"Kucing itu kami jumpa di tempat letak kereta di bawah apartment sahaja. Selalu nampak dia, jadi timbul perasaan kasihan.

"Jadi kami ambil bawa ke rumah. Selepas itu kami hantar buat suntikan vaksinasi dan grooming terlebih dahulu.



Hubungan antara Daneen dengan Kakak begitu akrab meskipun haiwan itu baru dipelihara sejak sebulan lalu.

"Pada mulanya, Kakak macam janggal, tengok anak kami pun macam pelik. Tapi dalam tempoh singkat selama sebulan tu, kedua-duanya semakin akrab," ujar ibu muda berusia 26 tahun ini.

Dedah wanita ini lagi, anak perempuannya yang bernama Daneen Farheen gemar bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Masa mula-mula bela, ibu saya bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.

FATIMAH ALI

IBU

"Celik sahaja mata, kalau dia nampak Kakak, mulalah biji matanya besar. Yang si Kakak pula, kalau nampak Daneen sedang main mainan lain, dia sengaja duduk dekat tepi untuk tarik perhatian.

"Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Daneen, kena tarik sampai tercabut bulu pun, Kakak tak marah malah dia macam reda.

"Itu yang buat saya kagum lihat hubungan mereka. Setakat ini memang Kakak tak pernah cakar atau bertindak mencederakan," ujar Fatimah sambil menambah, dia dan suami sentiasa memantau haiwan berkenaan sekiranya dilepaskan bermain bersama anak kecil mereka.



Menurut Fatimah, Daneen lebih tertarik untuk bermain bersama Kakak berbanding permainan yang lain.

Bercerita lebih lanjut, Fatimah berkata keluarganya terutama ibu pernah menyuarakan rasa bimbang kerana khuatir haiwan berkenaan mampu membahayakan keselamatan dan kesihatan bayinya.

"Masa mula-mula bela, ibu bising juga sebab takut Kakak cakar Daneen. Tapi kami sebagai ibu bapa memang tak lepas macam tu saja, memang akan pantau.



Fatimah dan suaminya bukan sahaja mahu menjadikan Kakak sebagai peneman Daneen, tetapi mahu memupuk sifat cintakan haiwan sejak usianya masih kecil.

"Kalau bab kesihatan pula, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Sebenarnya bagi saya, tiada masalah nak pelihara kucing walaupun ada anak kecil, asalkan bersih dan 'serasi'.

"Dalam pada itu, kita boleh cuba pupuk sifat cintakan haiwan dalam diri anak sejak mereka kecil lagi," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kakak, adik beradik, si bulus, pasrah

Artikel Lain