suria

“Terima kasih la Yuna, awak tweet lagu anak acik” - Muka pemuzik ‘baru nak up’ merah padam dapat pujian, ibu dalam diam promote karya anak

Mel (kiri) akui terharu menerima pujian penyanyi, Yuna menerusi Twitter.

BERMULA dengan minat secara suka-suka, bakat seorang pelajar dari Sungai Buloh, Selangor dalam bidang muzik semakin mendapat perhatian.

Terbaharu, lagu berjudul On My Own yang dicipta Aumeel Ilham Firdaus Mohd Sham, 18, turut menarik perhatian penyanyi tempatan yang kini menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna.

Mesra disapa Mel, dia mengakui terkejut apabila menerima notifikasi di Twitter dan menganggapnya sebagai batu loncatan untuk mara lebih jauh pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai meremang dengar bro ni tarik lagu Haqiem Rusli, akak ‘sibuk’ dengan gayung dan lauk kendurinya tiba-tiba popular!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

"Masa tu saya memang terkejut. Sejujurnya sangat gembira. Lepas tengok Yuna tweet pasal lagu saya, terus tunjuk pada mak dan ayah.

"Macam saya manusia paling happylah masa tu, rasa terharu dia pandang pemuzik seperti saya. Kalau ada rezeki teringin juga nak bekerja dengan Yuna atau Joe Flizzow," ujarnya kepada mStar.

Menerusi Twitter, Yuna memberi pujian terhadap muzik dan visual yang dipersembahkan dalam lagu tersebut yang didendangkan Mel bersama seorang lagi penyanyi rap dikenali sebagai Eemrun.

Mel mula menulis lagu sejak berusia 16 tahun.

"Mashallah bestnya music and visuals. Well done," tulis penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.

Bercerita mengenai dirinya, Mel berkata dia mula mencipta lagu sejak berusia 16 tahun.

Sekadar suka-suka di laman Instagram, dia mula berkenalan dengan seorang penulis lagu dan produser, Pyanix sebelum mula menulis lagu secara serius.

Kadang-kadang, keluarga nampak macam tak ambil kisah. Tapi dalam diam-diam mereka promote muzik saya.

AUMEEL ILHAM FIRDAUS

"Dia nampak video saya di Instagram, saya rap lagu sendiri. Dari situ saya mula serius buat lagu.

"Dalam koleksi saya setakat ni sudah ada hampir 10 lagu, tapi lagu On My Own yang paling mendapat perhatian.

"Itu belum termasuk dengan lagu-lagu yang saya buat dengan orang lain," ujarnya yang bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan.

Posting promosi yang ditulis ibu Mel di Facebook.

Melihat dirinya sebagai penyanyi 'indipendent' dalam genre Alternatif Hip-Hop, Mel juga tidak melupakan pelajaran apabila memperoleh keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Malah kata Mel, dia turut mendapat sokongan ahli keluarga termasuklah ibunya, Noorhasliza Azhari, 44, yang membuat promosi secara terbuka untuk memperkenalkan bakatnya.

"Kadang-kadang, keluarga nampak macam tak ambil kisah. Tapi dalam diam-diam mereka promote muzik saya. Saya terharu tengok mak tulis pasal lagu saya di Facebook.

Mel (kanan) bersama ahli keluarganya.

"Mereka juga banyak sokong saya. Saya pegang kepercayaan keluarga. Buat bersungguh-sungguh dalam bidang muzik tapi jangan abaikan pelajaran.

"Alhamdulillah, saya juga akan sambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Makanan Halal di Politeknik Sabak Bernam, Selangor pada 6 Ogos depan," ujarnya yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi Yonnyboii sebelum ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain