IKON sukan elektronik (e-sukan), Fariz Zakaria atau lebih dikenali Soloz menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihannya pada Jumaat. Wakil pasukan permainan elektronik, Team Bosskurr berkata, Soloz yang berusia 27 tahun telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Maryam Rahim di Sungai Petani, Kedah. "Soloz nikah dengan gadis pilihannya dalam satu majlis secara tertutup yang diadakan oleh keluarga sebelah pengantin perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! 'Engineer masa depan' teruja berkenalan dengan kereta mewah, siap beramah mesra dengan big boss showroom lagi! "Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga rapat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan," katanya kepada mStar. Soloz mengenali isterinya sebelum terlibat dengan permainan video Mobile Legends. Foto instagram solozsoloz Menurut wakil Team Bosskur yang tidak mahu dirinya dikenali itu lagi, Soloz telah lama mengenali Maryam sebelum pembabitannya secara profesional dalam permainan video popular, Mobile Legends. "Soloz dah lama kenal dengan isteri dia. Mereka dah lama bercinta bertahun-tahun, tapi jarang berjumpa sebab Soloz sibuk sangat. Mereka akhirnya buat keputusan untuk berkahwin, Alhamdulillah," katanya. Antara pencapaian yang diraih Soloz. Ditanya bilakah majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di kediaman keluarga Soloz di Kuala Selangor, Selangor, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara tersebut atas faktor kesibukan 'gamer' itu. "Soloz begitu sibuk, jadualnya begitu padat. Memang dia akan adakan majlis di Selangor, tapi belum pasti bila," katanya. Soloz dah lama kenal dengan isteri dia. Mereka dah lama bercinta bertahun-tahun, tapi jarang berjumpa sebab Soloz sibuk sangat. WAKIL TEAM BOSSKURR Video pernikahan Soloz yang juga aktif dalam permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) bersama pasangannya tular di media sosial sejak Jumaat dan rata-rata netizen berkongsi kegembiraan itu dengan mengucapkan tahniah. Awal tahun ini, Soloz meraih perhatian apabila berpenampilan sederhana ketika mengunjungi pusat pameran kereta mewah. Soloz menjadi perhatian apabila hanya berselipar ketika mengunjungi sebuah pusat pameran kereta mewah, awal tahun ini. Atlet e-sukan itu turut bergambar bersama kereta Ford Mustang berharga lebih setengah juta ringgit yang menjadi idaman golongan muda. Soloz berkunjung ke premis tersebut dengan hanya memakai selipar sebelum membeli kereta Ford Mustang. View this post on Instagram A post shared by Official Team Bosskurr Gaming (@teambosskurr) on Jul 17, 2020 at 6:20am PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!