suria

“Sekarang dah pandai main telefon mak” - Foto kelibat telekung putih dalam phone ibu undang misteri, anak sangkal dakwaan arwah bapa bela saka

Foto kelibat bertelekung putih yang tiba-tiba muncul dalam telefon bimbit milik ibu Asyraf.

KELIBAT individu bertelekung putih yang dirakam secara tidak sengaja dalam sebuah rumah di Taiping, Perak pada 16 Jun lalu masih menjadi teka-teki sehingga hari ini.

Menurut Putera Nur Arif Asyraf, 24, foto misteri itu secara tiba-tiba ada di dalam telefon bimbit pada hari ibunya bersendirian di rumah.

"Masa mak tidur dia dengar bunyi kamera telefon berbunyi dan menyala. Dalam seminggu dua lepas tu mak tergerak nak periksa telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram bertukar lucu gara-gara pocong berdiri atas helmet abang motor, “Kurang ajar punya hantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam

"Tiba-tiba ada gambar orang pakai telekung putih. Bila check tarikh, ia dirakam pada hari mak saya bersendirian di rumah.

"Mak memang tak ada telekung putih, semua telekung dia warna lain," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Asyraf, dia mengakui wujud banyak lagi gangguan aneh di kediaman itu termasuklah gangguan pocong yang dialami adiknya.

Foto kelibat misteri itu dirakam secara tidak sengaja pada 16 Jun lalu.

Antara gangguan lain yang biasa berlaku termasuklah bunyi pinggan pecah di dapur pada waktu malam.

"Paling ngeri adik kena gangguan pocong yang tidur bersebelahan dengannya. Terus demam beberapa hari. 'Benda' tu juga pandai buka aircond, buka api dapur.

"Sekarang dah pandai main telefon mak saya. Gangguan makin menjadi-jadi sampai mak saya tak akan duduk di rumah sendirian kalau kami tiga beradik tak ada... mak akan balik kampungnya di kawasan lain, juga di Taiping.

Ini bukan saka belaan arwah ayah saya. Kami sekeluarga cuma diganggu.

PUTERA NUR ARIF ASYRAF

"Saya juga terpaksa ulang alik pulang ke kampung dalam dua kali seminggu," ujarnya yang bertugas di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Asyraf menegaskan semua gangguan itu tiada kaitan dengan kematian bapanya akibat sakit strok pada awal tahun ini.

Ujar Asyraf, ada individu beranggapan sedemikian selepas dia berkongsi kisah mistik melibatkan kediaman keluarganya di laman Twitter.

Antara komen netizen di Twitter.

"Ada orang cakap ia saka arwah ayah. Saya nak betulkan salah faham ya. Ini bukan saka belaan arwah ayah saya. Kami sekeluarga cuma diganggu. Harap semua berhenti salah faham.

"Tak sangka lepas saya kongsi di Twitter ia jadi viral. Tapi ada yang membantu, bagi cadangan jumpa ustaz dan sebagainya.

"Gangguan masih ada, kami juga dalam proses mendapatkan bantuan dengan pakar perubatan tradisional," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting dikongsi Asyraf menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai netizen turut membanjiri posting itu dengan pelbagai komen cadangan, andaian dan pendapat masing-masing mengenai foto misteri yang dikongsi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain