suria

“Jangan tunggu isteri minta baru suami bagi” - Tengok pengalaman rakan otai, doktor kongsi rahsia rumah tangga murah rezeki

Seorang doktor berkongsi 'rahsia' bagaimana rezeki rakan-rakannya begitu murah selepas terjun dalam bidang perniagaan. Gambar hiasan

BENARKAH tanggapan bahawa dengan membuatkan seorang isteri bahagia, maka rezeki si suami akan melimpah ruah?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah kaitannya wanita yang bergelar isteri dengan rezeki.

Hakikatnya, bahagia yang dirasai seseorang isteri lantaran sikap pemurah suaminya akan menyebabkan dia sentiasa bersyukur malah akan selalu menyokong pasangan, sekali gus mewujudkan suasana damai dalam rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Si suami baru nak jadi sweet offer hadiah handbag mahal, tak sangka ‘taste’ isterinya lebih ‘ganas’ - “Kalau dah namanya cikgu”

ARTIKEL BERKAITAN: Misi kejutan nyaris gagal... isteri terpegang kotak hadiah, mujur suami pandai ‘tipu’ - “Terlalu banyak pengorbanannya, bagi kereta pun tak terbalas”

Sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang doktor, dia akhirnya mengakui kebenaran tanggapan sedemikian selepas menyaksikan sendiri pengalaman rakan-rakan.

Menerusi satu posting di Facebook, Dr Ahmad Samhan berkata rakan-rakannya sebelum ini merupakan seorang pengamal perubatan sama seperti dirinya yang 'makan gaji'.



Sebahagian perkongsian Dr Ahmad Samhan mengenai rahsia murah rezeki di dalam rumah tangga.

Namun menurut Dr Ahmad Samhan, rakan-rakannya kemudian memilih untuk terjun ke dalam bidang perniagaan.

"Mereka ini latar belakang semua doktor perubatan tapi masing-masing dah terjun ke bidang perniagaan. Mereka semua dah otai, aku saja masih bertatih.

"Bila bersembang dengan mereka ada satu ilmu yang aku dapat belajar. Mengapa Allah murah rezeki mereka.

"Sampai mereka sendiri tak mampu nak sekat. Dahsyat!" tulisnya.



Selain barang kemas, sebenarnya apa sahaja hadiah sebagai tanda penghargaan seorang suami pasti akan membahagiakan hati isteri.

Menurut doktor ini, rakan-rakannya kemudian berkongsi 'rahsia' bagaimana mereka dikurniakan rezeki yang begitu murah.

"Dah kerja sendiri ni, tawakal pada Allah kena tinggi. Kau tak kerja, jawabnya makan pasir la anak bini.

"Tapi aku perasan ada satu perkara lagi kalau korang buat rezeki mencurah-curah entah dari mana datang.

"Tiap kali aku bagi hadiah pada wife aku, rezeki masuk tak berhenti. Minggu lepas aku beli kereta untuk wife, projek masuk tak menang tangan weh!" demikian tulis doktor tersebut mengulangi kata-kata seorang rakannya.



Menghulurkan wang perbelanjaan untuk isteri bukan sahaja kerana ia adalah nafkah, tetapi sebagai tanda terima kasih suami terhadap pengorbanan isterinya.

Tambah doktor tersebut, kata-kata seorang rakannya itu turut diakui oleh rakannya yang lain.

"Ini aku setuju! Aku dapat rasa benda ni. Aku baru je beli 'pulut dakap' untuk wife aku," kata seorang rakan lain, merujuk kepada rantai tangan emas.

"Betul tu. Aku pun perhati benda yang sama jadi pada pakcik aku. Aku perhati dia betul-betul hargai isteri dia. Apa-apa isteri dia dulu. Langsung tak berkira," sambut seorang lagi rakannya.

Sama-sama mahu berkongsi 'rahsia' murah rezeki dengan para suami yang lain, Dr Ahmad Samhan turut menasihatkan golongan lelaki agar tidak bersifat tangkai jering dengan pasangan.



Isteri yang sering mendapat penghargaan daripada suami akan lebih bahagia sekaligus menjadikan sesebuah rumah tangga begitu harmoni.

"Jika rasa sempit, periksa balik hubungan kita dengan isteri. Bila kali terakhir kita bahagiakan dia. Rasa bahagia yang buat dia tersenyum sepanjang hari.

"Tak perlu beli hadiah yang mahal, sekadar yang termampu. Itu sudah cukup buat mereka rasa dihargai.

"Jika masih tak mampu, kurangkan bebannya di rumah pun dah cukup buat dia bahagia. Jangan tunggu isteri minta, baru suami bagi," tulisnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain