PENAMPILAN seorang pemuda menjadi bualan kerana sarat dengan aksesori beruang panda, dari topi, anak patung, beg, sarung tangan hingga topeng muka. Kehadiran penghanar makanan tersebut turut dirakamkan oleh orang ramai dan dikongsikan mereka di media sosial. "Ini kalau hantar makanan kat pejabat aku hilang stres sebab somel sangat," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Exco KLFA tersadai tepi MRR2, mujur abang Foodpanda bagi servis 5 bintang,"Bukan sebab makanan tapi..." ARTIKEL BERKAITAN: Motor rosak tengah jalan tak sempat ambil pesanan roti canai... "Mujur ada abang ni walaupun tak kenal tapi macam adik-beradik" Bercakap kepada mStar, penghantar makanan tersebut, Akhmal Abdul Rashid tidak menyangka penampilannya menjadi tular kerana apa yang dilakukannya hanyalah sekadar minat. Dari topi hingga ke sarung tangan berkonsepkan beruang panda. Foto Twitter ffieys_ Mula berkhidmat sejak lapan bulan lalu, pemuda itu sebenarnya telah menggemari haiwan tersebut yang disifatkannya comel dan jinak, sejak di bangku sekolah. "Saya mula menambah aksesori selepas dua bulan kerja jadi penghantar makanan. Antara yang mula-mula saya pakai adalah topeng muka panda. "Paling banyak ada 18 aksesori panda. Kalau saya bekerja selama 10 hingga 12 jam, selama itulah panda-panda ini tergantung kat badan saya kecuali bila saya tanggalkan baju sebab mandi dan pakai baju lain untuk solat," kata pemuda berusia 29 tahun itu kepada mStar. Akhmal menggemari beruang panda sejak dibangku sekolah. Foto ihsan Akhmal Abdul Rashid Akhmal yang bertugas menghantar makanan di Muar, Johor dan kawasan sekitar mendedahkan terdapat aksesori beruang pandanya yang hilang kerana dicuri. "Sebelum ini saya ada gantung beberapa anak patung panda di sekeliling kotak makanan di motosikal. Bila saya hantar makanan, balik semula ke motosikal ada yang hilang. "Ia menjadi perhatian jadi asyik hilang saja bila digantung pada kotak makanan. Jadi lebih baik saya pasang aksesori di seluruh badan," katanya. Setiap aksesori digantung sepanjang bertugas kecuali untuk mandi dan solat. Anak muda itu turut berkongsi kisah mengenai kasut yang dibeli dan diubah suai hiasannya untuk kelihatan seperti beruang panda. "Saya beli kasut warna hitam putih dan saya beli cebisan kain yang macam bulu-bulu tu. Kemudian saya jahit kepala patung beruang panda di bahagian depan. "Lepas siap jahit, saya basuh dulu dan jemur di pagar rumah. Tapi malangnya, kasut tu kena curi. Tak sempat nak rasmi, dah hilang. Ia menjadi perhatian jadi asyik hilang saja bila digantung pada kotak makanan. Jadi lebih baik saya pasang aksesori di seluruh badan. AKHMAL ABDUL RASHID "Masa tu rasa nak marah, kecewa, sedih semua ada sebab berpenat lelah jahit tangan ada yang pula gatal tangan mencuri. Bukannya kasut berjenama, tapi tetap nak curi," ujarnya. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia sememangnya merancang untuk mempelbagaikan aksesori dan hiasan bertemakan beruang panda semasa bertugas. Akhmal mahu menambah aksesori beruang pandanya. "Saya bercadang untuk jahit anak-anak patung panda kecil pada seluar untuk kelihatan seperti merangkak ke atas. Saya juga mahu membuat 'zoo mini' pada beg sandang. "Kasut 'panda' yang kena curi tu akan diganti semula pada masa akan datang. Kalau boleh, saya nak dari kepala sampai kaki semuanya penuh beruang panda," katanya. Akhmal berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya orang awam mahu mengambil gambarnya atau bersamanya disebabkan tarikan aksesori beruang pandanya. "Ada juga yang tegur sebab nak anak patung panda saya. Jawapan saya mudah saja, saya kata minta maaflah ini koleksi saya. Jawapan tu dah biasa saya bagi sambil senyum," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 19, 2020 at 5:08pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!