SAMA ada masih bergelar guru mahupun telah meninggalkan dunia pendidikan, kenangan bersama para pelajar pastinya mengusik jiwa dan diingati hingga ke akhir hayat. Seperti seorang bekas guru, coretan lama mengenai seorang pelajar perempuan yang lewat datang ke sekolah kembali bermain di ingatan. "Anak pelajarku pagi ni terlewat datang, bila tanya, jawabnya motor ibu minyak habis. Bila ditanya ibu kerja apa, dijawabnya ibu tiada kerja, ayah menoreh. ARTIKEL BERKAITAN: "Tak tahu berapa jumlah duit syiling tapi bunyi keceng, keceng" - Guru sebak pelajar duduk rumah papan 'biasa-biasa' derma bantu 3 beradik yatim piatu ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu saya pun hidup susah, tapi Alvin 10 kali lebih daif" - Pengetua menangis lihat pondok usang pelajar "Bilaku tanya lagi berapa ringgit bawa ke sekolah dijawabnya RM3. Ku kata lagi minta tengok... berputar-putar tangannya mencari sambil mata berkaca hanya RM1 dalam genggaman," menurut posting Facebook bernama Hj Ahmad Fauzi Ramli. Pelajar berkenaan memberitahu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Gambar hiasan/foto A. Malex Yahaya Jawapan yang diberikan pelajar berkenaan mengenai wang sakunya mengelirukan sehingga memaksa dirinya untuk bertanya kembali bagi mendapatkan kepastian. "Ku tanya lagi, tadi cakap RM3. Sambil air mata mengalir di pipi dijawabnya RM3 berkongsi dengan adik-adik di sekolah rendah. Terpana daku dengan jawapan itu, kasih seorang kakak. Begitulah anak-anak didikku walau susah tetap bermaruah menyembunyikan kesusahan AHMAD FAUZI RAMLI "Dalam RM1 itu tersimpan segala-galanya. Sepinggan nasi, segelas air, sebatang pensel... mengukir masa depan. "Begitulah anak-anak didikku walau susah tetap bermaruah menyembunyikan kesusahan. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah," katanya. Luahan Ahmad Fauzi berhubung perkongsiannya mengenai seorang pelajar. Coretan Ahmad Fauzi yang dikongsikan menerusi halaman Facebook Viral Media Johor dengan lebih 800 perkongsian dan 14,000 tanda suka membuatkanya bergenang air mata. Walaupun telah meninggalkan dunia pendidikan, difahamkan namanya sering disebut-sebut oleh pelajar berkenaan, malah dia turut mencarinya. "Berkaca mataku gelisah jiwa ragaku menatap semula catatanku seketika dulu. Ke mana anak didikku ini. Khabar daripada seorang pelajar kepada temanku seorang guru, pernah beberapa kali anak didik ini menyebut namaku dan mencariku ketika dia memerlukan sesuatu. Antara komen netizen yang bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan. "Ketika itu daku telah mengundur diri dari dunia pendidikan. Ramai anak pelajarku tidak mengetahui. Melangkah keluar ke pagar sekolah menamat dunia guruku bersama senaskah tafsir al Quran yang sentiasa menemani masa luangku di sekolah. "Meninggalkan alam keguruan demi menyahut cabaran yang lebih besar," kata Ahmad Fauzi yang kini merupakan pengasas dan pengarah urusan di sebuah syarikat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!