"ATOK tu boyfriend lagi ke dengan nenek?" Demikian antara komen yang dilontarkan netizen merujuk kepada kemesraan pasangan warga emas yang dikongsikan oleh seorang gadis di Twitter baru-baru ini. Beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh gadis tersebut memperlihatkan gelagat kedua-dua datuk dan neneknya yang mesra seperti pasangan muda sedang berdating.ARTIKEL BERKAITAN: Anak kongsi foto ‘sejuk mata’, ramai idam relationship goal sama... tapi tak semua ketua keluarga mampu buat seperti bapa gadis ini!ARTIKEL BERKAITAN: Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas peluk keranda ibu - “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun” "If my future boyfriend is not like my atok, i'll give it a pass (Sekiranya bakal teman lelaki masa saya tidak seperti atok saya, saya menolaknya)," demikian kapsyen yang ditulis bersama gambar yang dimuat naik. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 15,200 retweet dan 33,000 likes selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya mengkagumi pasangan berkenaan. Perkongsian gadis bernama Aqeelah mengenai datuk dan neneknya mengundang perhatian netizen. Ada juga yang mengidamkan sebuah perhubungan seperti mereka yang disifatkan sebagai 'relationship goal'. Tidak kurang juga, ada yang memuji kehandalan si datuk mengambil gambar selepas gadis berkenaan mendedahkan kebanyakan gambarnya dibidik oleh lelaki berkenaan. "Atok kamu lagi reti tangkapkan gambar dari adik beradik dan rakan-rakan saya," komen seorang netizen. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Aqeelah Haslin berkata perkongsian tersebut hanya dilakukan secara suka-suka bagi mengabadikan memori tersebut di laman sosial. Netizen mengkagumi pasangan warga emas ini yang disifatkan memaparkan definisi 'relationship goal' sebenar. "Pada mulanya salah seorang ahli keluarga saya yang muat naik sekeping gambar atok dan nenek. Ketika itu dah ada yang retweet sehingga 100 lebih. "Kemudian saya rasa apa salahnya kalau saya muat naik gambar-gambar mereka yang lain. Tapi jujurnya memang tak sangka ramai sangat yang retweet malah jumlah makin bertambah dalam masa hanya sehari," ujar gadis dari Kota Singa ini. Menurut gadis ini, gambar-gambar tersebut diambil ketika dia bersama datuk dan neneknya meluangkan masa berjalan-jalan di Taman Botani Singapura. Atok pada saya seorang yang gentleman. Biasalah kalau ada bertelingkah sikit, tapi atok yang akan mula mengalah dan meminta maaf. Nenek memang untung sangat. AQEELAH HASLIN CUCU "Saya memang selalu berjalan dengan datuk dan nenek, kalau ada masa kami akan menghabiskan masa bersama-sama di luar. "Atok memang rajin ambil gambar. Kalau ikutkan, gambar saya yang dia tangkap tu 'tak berapa' sangat. Tapi gambar nenek yang dia tangkap memang buatkan saya kagum dengan hasilnya,"ujarnya sambil ketawa kecil. Bercerita lebih lanjut mengenai datuk dan neneknya, Hamli dan Kamariah yang masing-masing berusia awal 70-an itu, Aqeelah menyifatkan sememangnya hubungan romantis mereka sama seperti yang dilihat di dalam gambar yang dikongsikan. Gambar Aqeelah (kiri) diambil oleh datuknya yang berusia 71 tahun. "Atok dari dahulu lagi memang jenis ringan tulang. Dia rajin membantu nenek dengan kerja-kerja rumah. Tak kisah jika nenek sedang sibuk memasak atau tidak, dia memang akan bantu. "Lagi satu, atok pada saya seorang yang gentleman. Biasalah kalau ada bertelingkah sikit, tapi atok yang akan mula mengalah dan meminta maaf. Nenek memang untung sangat. "Sejak bayi lagi rapat dengan atok dan nenek dan melihat sendiri hubungan mereka di depan mata membuatkan saya kalau boleh nak sangat bertemu dengan lelaki seperti atok," ujarnya yang merupakan cucu bongsu pasangan berkenaan. Antara komen netizen yang memuji datuk dan nenek Aqeelah. Menerima banyak komen positif netizen daripada perkongsian tersebut, Aqeelah berkata dia terharu apatah lagi ada yang mengakui gambar pasangan tersebut memberi kesan kepada mereka "Ada yang beritahu gambar-gambar tersebut membuatkannya tersentuh. Terima kasih sangat-sangat pada yang beri komen positif. Doakan yang terbaik untuk atok dan nenek saya," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!