LAMAN Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official' yang popular sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berterusan menjadi platform perkongsian netizen khususnya melibatkan kisah-kisah di dapur mereka. Terbaharu, seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Nana Emran bercerita mengenai periuk nasi elektrik miliknya yang hangus sehingga menjadi tular di laman sosial itu. Bercerita lanjut, Nana mengakui kejadian itu berpunca daripada bapanya yang kini sudah mencecah usia 75 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: “Buang, jangan sesiapa guna lagi!” - Larangan tegas ayah selepas tragedi sup tulang, 15 minit sebelum berbuka ARTIKEL BERKAITAN: Kalut siapkan tempahan, cubaan bakal pengantin buka pressure cooker gagal... akhirnya boomb! - “Macam orang kena simbah asid” "Korang jangan gelak, ni abah kita punya kerja. Tengah dia masak nasi, tiba-tiba tak ada elektrik. Sis dah pesan jangan buat apa-apa. Nanti mesti elektrik ada balik. "Sis pun tinggal balik rumah sebab nak tengok homework anak-anak asuhan, duduk sebelah rumah je. Dalam 20 minit lepas tu ada elektrik balik. "Sis pergi rumah mak sebab nak setting balik aircond. Tup-tup bau hangit satu rumah. Tu dia, abah pergi tenggek periuk nasi tu atas dapur (gas)," tulisnya. Kata Nana, bapanya merupakan warga emas berusia 75 tahun. (Gambar Hiasan) Kata Nana, mujurlah tiada sebarang kejadian buruk berlaku. Malah, dia juga telah membuang periuk tersebut dan menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan buat keluarganya. "Ya ampun, nak marah orang tua. Sis diam ajelah. Terus pergi buang. Nasiblah tiada kejadian buruk berlaku. Mujur Allah masih lindungi kami semua. Tup-tup bau hangit satu rumah. Tu dia, abah pergi tenggek periuk nasi tu atas dapur. NANA EMRAN "Untuk pengetahuan semua, abah dan umur 75 tahun dan ada masalah mata kabur, mak pula strok dah enam tahun. "Share pengalaman sebab nak korang semua hati-hati jika ada antara semua dalam grup ni yang jaga orang tua kita," tulisnya. Sehingga kini, posting itu menerima lebih 40,000 tanda suka (likes). Malah, ia turut dihujani lebih 4,300 komen netizen. Lagi komen netizen di laman Facebook. "Syukur anak yang baik, hanya yang pernah jaga orang tua je faham. "Trust me pengalaman dan kenangan ni la akan buat air mata mengalir gembira rindu bila mereka tak ada nanti. "Syukur tak ada kemalangan. Tak apalah, periuk boleh dibeli ganti baru, mak bapak kita tak terbeli," tulis beberapa individu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!