suria

“Ayah bawa slow, dia suruh tangkap gambar” - Enjin kenderaan lama ‘kejut’ 2 beradik pulang beraya, kereta dipotong Volkswagen kuning jam 1 pagi

Kejadian berlaku sewaktu Hanif sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

PERJALANAN sebuah keluarga dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung di Kuala Klawang, Negeri Sembilan bagi meraikan Hari Raya Aidiladha berakhir dengan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Menurut Muhammad Hanif Irfan, 18, dia pada waktu itu sedang tidur di dalam kereta sebelum terdengar bunyi enjin kereta lama.

Selepas tersedar, dia melihat bapanya sedang memandu manakala seorang lagi adiknya turut tersedar dari lena sementara ibu dan adik beradik yang lain nyenyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Berselisih kereta tiada pemandu, 8 sekawan cabut lari dalam tragedi apartmen PD

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu”

"Masa tu dalam lingkungan pukul 1 pagi. Ada enam orang semua dalam kereta. Saya tersedar sebab dengar bunyi enjin kereta lama.

"Kereta Volkswagen kuning tu dari belakang dan potong kereta kami. Ayah saya bawa slow je dari belakang, lepas tu dia suruh tangkap gambar.

"Dalam lima minit juga kami ikut dari belakang, kemudian kereta tu mula slow jadi ayah potong balik.

Hanif turut memohon maaf kepada pemandu kereta tersebut.

"Saya nampak ada seorang pemandu lelaki dalam kereta tu," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Hanif, dia berkata rasa seram yang menyelubungi diri kemudiannya beransur hilang selepas melihat tiada apa-apa yang aneh dalam kenderaan tersebut.

Ni kali pertama berlaku, dari mengantuk terus mata jadi segar.

MUHAMMAD HANIF IRFAN

Malah katanya, sangkaan awal yang mengaitkan kehadiran Volkswagen kuning itu dengan kejadian mistik berpunca daripada kisah-kisah lampau yang pernah tular sebelum ini.

"Tak ada kejadian pelik, cuma seram jelah mula-mula. Ni kali pertama berlaku, dari mengantuk terus mata jadi segar.

"Masa kejadian tu ayah saya drive je, dia buat tak tahu dan akhirnya kami sampai di kampung dalam pukul 2 pagi," ujarnya lagi.

Kejadian berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Hanif turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada pemandu kereta berkenaan.

"Saya pun nak minta maaf pada pemandu kereta tu, sebab dulu pernah baca pasal kereta Wolswagen lama yang bergerak malam-malam," katanya.

Sehingga kini, posting kisah Hanif yang dikongsi sahabatnya menerusi Twitter menerima lebih 10,700 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Wolkswagen kuning, Aidiladha, raya

Artikel Lain