suria

“Cucu berpuluh main TikTok, tak pun OOTD pagi sampai malam” - Lelaki ‘angin’ Gen Z beraya di kampung komplen lantai melekit... nenek terkial buat kerja seorang

Perkongsian seorang pelayar mengenai kenangan waktu kecilnya ketika beraya di kampung, mencetuskan perdebatan netizen. Gambar hiasan.

SETIAP kali tibanya hari raya, anak-anak perantau pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk pulang beraya di kampung halaman.

Serta merta rumah datuk dan nenek meriah dengan kehadiran cucu cicit yang ingin meraikan detik bermakna itu bersama-sama.

Namun agak 'kurang sedap' didengar apabila ada kalangan generasi muda yang meluahkan rasa atau 'complain' dengan keadaan rumah nenek meraka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak letak syarat untuk bermalam di kampung, kalau tak penuhi nak bawa cucu tidur hotel... bapa terkedu - “Dalam kubur tak ada aircond anak oii!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah mak ayah buruk tak boleh nak baiki?” - Pemuda ‘panas’ lihat kepulangan anak perantau ke kampung naik kereta mewah jadi tanda tanya

"Aku masa kecil bila lalu atas lantai dapur rumah nenek kat kampung," demikian tulis seorang pelayar di Twitter.

Dia turut menyertakan sekeping gambar kaki yang berjengket di lantai, memberi gambaran lantai di dapur rumah neneknya yang melekit.

Hanya mahu mengimbas kenangan sewaktu kecil, namun ciapan pelayar berkenaan mengundang perdebatan netizen di media sosial.



Perkongsian seorang pelayar Twitter yang mengundang perdebatan netizen.

"Aku baran betul baca ni. Kalau dah tahu nalik kampung, rumah atok nenek kau bersepah atau tak, tolonglah kemas buat apa yang patut. Ini anak lima enam orang, cucu berpuluh kerja main TikTok tak pun OOTD dari pagi sampai malam. Tinggallah nenek terkial buat semua benda," tulis seorang pelayar meluahkan rasa geram.

"Salah dan silap siapa kalau rumah nenek korang macam tu? Oh ya, macam mana mak dan ayah korang dulu? Tempat tu juga yang buat mak dan ayah korang besar. Kecewa kalau aku jadi orang yang lebih tua baca tweet ni," komen seorang pelayar.

Dalam pada itu, ada netizen yang mencadangkan generasi muda yang mempunyai tabiat sedemikian supaya membantu membersihkan rumah berkenaan berbanding hanya goyang kaki dan hanya tahu 'complain'.

Kalau nenek korang ada Twitter dapat pula baca cucu-cucu dia cakap jijik dekat lantai dapur atau tandas, mesti dia sedih.

NETIZEN

"Nenek tu dah tua... yang muda-muda sesekali balik kampung, apa kata tolong bersihkan rumah nenek tu... tolong renovate ke apa. Rumah nenek bukan destinasi percutian. Tak payah nak goyang kaki tengok telefon saja," komen seorang pelayar.

"Lepas tu bagi duit pun tak... tahu nak bising je. Tolonglah mop ke apa. Commen sense," komen seorang pelayar menyokong pendapat berkenaan.

"Kalau nenek korang ada Twitter dapat pula baca cucu-cucu dia cakap jijik dekat lantai dapur atau tandas, mesti dia sedih," komen seorang pelayar.

Bagaimanapun, sebahagian netizen lain beranggapan perkara berkenaan tidak perlu dijadikan kecaman kerana pelayar yang membuat perkongsian tersebut hanya sekadar mahu mengimbas kenangan zaman kanak-kanak.



Seorang netizen meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir generasi muda yang lebih suka 'complain' berbanding membantu kerja rumah ketika pulang ke kampung.

"Dah nama pun childhood memory bang... takkanlah masa kecil-kecil dulu abang tak pernah rasa macam mana jalan jengket nak pergi tandas atau tandas dulu-dulu?" tulis seorang pelayar.

"Orang cerita pasal childhood je. Dulu aku pun macam tu, balik kampung jalan jengket sebab tak suka kaki basah melekat hitam-hitam," komen seorang pelayar lain.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 14,300 retweet dan 22,400 likes.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lantai, OOTD, kampung, TikTok, nenek, melekit

Artikel Lain