suria

Mulut celupar... suami terluka, status anak luar nikah jadi modal isteri setiap kali bergaduh – “Dia kutuk ibu saya penzina”

Seorang suami membawa diri selepas dihina isteri kerana status anak luar nikah. Gambar hiasan

TIADA siapa yang minta untuk dilahirkan sebagai anak luar nikah.

Apa yang perit adalah bukan semua orang di sekeliling menerima seseorang itu seadanya.

Lebih memilukan status anak luar nikah itu menjadi ‘senjata’ apabila berlaku perselisihan faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tengok isterinya, polis balik buat risikan selepas syak ada 'orang ketiga' dalam rumah tangga - "Diam-diam saya masuk rumah..."

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tinggal 2 anak, isteri sarat hamil di rumah... suami suka keluar malam dapat pengajaran, satu hari terdetik nak balik awal - "Rasa macam tak berguna jadi ayah"

Begitulah nasib yang menimpa seorang suami dilahirkan sebagai anak luar nikah, sehingga terpaksa meluahkan mengenai konflik yang berlaku dalam rumah tangganya.

"Saya ni anak luar nikah hasil hubungan mak ayah saya. Yang saya tak tahan sekarang ni perangai isteri saya bila bergaduh dengan saya dia pasti akan kutuk saya macam-macam.

"Selama ni saya boleh sabar dia kata saya anak haram setiap kali bergaduh, tapi saya hilang sabar bila dia kutuk ibu saya seorang penzina," luahnya menerusi halaman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut lelaki itu, dia bukan seorang dayus sewenang-wenangnya memukul perempuan tapi apa yang dilakukan isterinya membabitkan ibunya sendiri sukar untuk diterima.

"Saya takkan berdiam diri kalau orang kutuk ibu saya walaupun ibu saya penzina tapi itu dosa silam dia. Sekarang ini saya memang dah tak ada hati nak tengok muka isteri saya," katanya.



Antara komen netizen mengenai seorang suami anak luar nikah.

Jelas suami terluka itu lagi, dia nekad untuk tidak pulang ke rumah selama beberapa hari bagi meredakan kepanasan dalam hatinya.

Pada masa sama, dia menerima panggilan daripada isteri bertalu-talu selain mesej yang dihantar kepadanya untuk memohon maaf.

Terima kasih pertahankan ibu awak. Siapa kita untuk hukum masa silam orang lain

NETIZEN

Namun, sukar baginya untuk memaafkan di atas ketelanjuran kata-kata isterinya kerana penghinaan ke atasnya sebagai anak luar nikah sering berlaku sepanjang mereka berkahwin.

"Tapi saya tetap tak mampu maafkan dia sampai hari ini dan sampai bila-bila. Saya rasa jalan terbaik adalah bercerai sebab ini bukan kali pertama dia cakap saya macam tu," ujarnya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang dialami suami berkenaan, yang menyifatkan tindakan isterinya adalah tidak wajar mengungkit kisah silam ibu mentua.



Luahan seorang suami dihina isteri meraih simpati ramai.

Malah, netizen turut memuji tindakan lelaki tersebut kerana mempertahankan ibunya daripada terus dihina oleh isteri.

"Terima kasih pertahankan ibu awak. Siapa kita untuk hukum masa silam orang lain, sedangkan kita sendiri tak tahu lagi penghujung jalan cerita kita macam mana. Saya respek awak mampu pertahankan ibu awak," tulis seorang netizen.

"Memaafkan itu mudah bro, melupakan itu yang payah. Harap bro buat keputusan yang tepat dan tidak dalam keadaan yang sedang marah. Apapun keputusan bro, semua itu ada hikmahnya," ujar seorang lagi netizen.

"Kalau dia perempuan baik, dia takkan sesekali terlintas dan akan sebut benda-benda macam tu. Sebab dia sayangkan suami dia, walau apapun dia takkan tergamak nak sebut perkataan tu," komen seorang wanita.

"Ramai je kawan-kawan perempuan saya ni jenis cakap lepas, mencarut kasar, tapi hormat tetap hormat. Hormat pada suami, hormat pada mentua," tambahnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain