"DIA seolah-olah dihantar oleh Allah untuk membantu kami sekeluarga" Demikian kata Norazlinda Sapri ketika bercerita mengenai seorang lelaki baik hati yang menawarkan bantuan ketika kereta mereka sekeluarga hangus dijilat api, Ahad lalu. Mengimbas kembali detik mencemaskan itu, guru berusia 40 tahun ini berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu, dia bersama suami dan empat anaknya dalam perjalanan pulang ke Lunas, Kedah dari kampung halaman di Gua Musang, Kelantan.ARTIKEL BERKAITAN: “Buat part time, niat nak belanja keluarga” - Pelajar UM tak sedap hati sebelum balik kampung, rumah terbakar selepas letak barang dapur atas mejaARTIKEL BERKAITAN: ‘Misteri’ rumah rentung... pelajar dedah 3 dompet tak terbakar tapi duit beribu ringgit ‘hangus’ - “Kad pengenalan masih ada...” "Kami bertolak kira-kira pukul 12 tengah hari. Kemudian berhenti rehat sebentar untuk mengisi minyak dan ke tandas. Ketika itu, saya ada nampak suami membuka penutup enjin dan membetulkan sesuatu tapi saya tak fikir apa pun. "Ketika dalam kereta, saya bertanya suami, ada yang dia betulkan tadi. Katanya ada wayar bateri macam tak kemas. "Sehinggalah ketika meneruskan perjalanan melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, Perak, suami saya rasa kereta macam power down... terasa berat lalu dia berhenti di lorong kecemasan. Perkongsian Norazlinda mengenai musibah yang menimpanya sekeluarga, Ahad lalu. "Ketika suami keluar memeriksa, waktu itulah nampak ada keluar asap. Saya terus suruh anak-anak turun dan duduk tepi. Tak lama lepas tu, nampak ada api di bahagian enjin dan sekelip mata kereta jenis SUV hangus dijilat api," ceritanya. Menurut Norazlinda, ketika itu ramai pengguna jalan raya yang prihatin berhenti di bahu jalan untuk bertanyakan keadaan dan menawarkan bantuan. "Ramai sangat yang prihatin tapi saya minta mereka berdiri jauh sebab risau keadaan buruk berlaku. Ada yang beri pemadam api, ada yang pinjamkan telefon sebab talian saya ketika itu kurang bagus. Dia bantu kami dari mula, bawa kami buat laporan di balai polis, balai bomba... selesai semua urusan dia hantarkan kami pulang ke rumah. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. NORAZLINDA SAPRI "Dan ramai yang nak tumpangkan kami, termasuklah lelaki yang dikenali sebagai Din ni. Kebetulan dia seorang sahaja, dan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang. "Dia bantu kami dari mula, bawa kami buat laporan di balai polis, balai bomba... selesai semua urusan dia hantarkan kami pulang ke rumah. "Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Saya sekeluarga tak berhenti ucap syukur dan terima kasih atas keprihatinannya. Kami doakan agar Allah makbulkan apa sahaja yang dihajatinya," kata wanita ini lagi. Norazlinda bersama suami dan empat anaknya sempat keluar daripada kenderaan jenis SUV yang mereka naiki sebelum ia musnah dijilat api. Sungguhpun hampir seminggu berlalu, Norazlinda berkata musibah berkenaan memberi kesan kepadanya sekeluarga. "Walaupun sedih, tapi saya dan suami reda. Memang tak ada satupun barang yang dapat diselamatkan... kain baju, makanan, barang-barang lain semua hangus. Tapi syukur, umur kami masih dipanjangkan. "Selama hampir tujuh tahun gunakan kereta itu, tak pernah meragam. Memang selalu servis sebelum pergi mana-mana. Cuma sebelum pulang kampung, adalah baiki penghawa dingin. Meskipun agak sedih, Norazlinda dan keluarganya menerima ujian tersebut dengan redha. "Tapi mungkin sudah sampai masanya. Kami anggap musibah ini ujian dari Allah. Hanya yang dipilih dan mampu melaluinya diberikan ujian. Lagipun orang tersayang ada depan mata... harta semua hanya pinjaman sahaja," ujarnya menutup bicara. Terdahulu, Norazlinda berkongsi mengenai musibah berkenaan menerusi coretan di Facebook. Sehingga kini perkongsiannya meraih 525 shares dan ratusan komen netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!