suria

Penangan sentuhan berseni... dari Perak pelanggan sanggup ke Shah Alam cari gadis Secret Recipe - “Niat saya nak pelanggan gembira”

Nurul Aina menjadi sebutan selepas sentuhan kreatif dekorasi kek yang dihasilkannya menjadi tular di Twitter.

GADIS dengan tangan yang penuh berseni!

Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada gadis ini gara-gara dekorasi kek yang dihasilkannya begitu cantik sehingga memikat hati pelanggan.

Bakat serta kemahirannya mula menjadi tular selepas ia dikongsikan oleh seorang pelanggan menerusi Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak kantoi” - Betul-betul nak buat kejutan hargai isteri, suami ‘idaman ramai’ ini teliti habis buat plan... beli hadiah sikit-sikit

ARTIKEL BERKAITAN: Misi isteri gagal! Kek hari jadi anak tiba-tiba bertukar bentuk... suami ‘nakal’ suruh anak ke dapur ambil lesung batu

"Hi @secretrecipemy. Tengoklah staff awak ni kreatif betul. Cantik, teliti dan semua staff kat sana friendly betul. You guys jangan lupa reward Nurul Aina ni eh! Sangat kreatif sampai saya pun pengsan tengok dia lukis! Alhamdulillah dapatlah realisasikan unicorn my lil sis," tulis pelayar tersebut.

Pelayar berkenaan turut memuat naik gambar kek beserta dekorasi yang dihasilkan staf restoran Secret Recipe bernama Nurul Aina itu.



Seorang pelayar Twitter memuat naik hasil dekorasi staf Secret Recipe, Nurul Aina sehingga tular di Twitter.

Sehingga kini perkongsian pelayar tersebut meraih 11,400 retweet dan 16,400 likes selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, staf bernama Nurul Aina Abu Bakar itu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian pelanggan berkenaan yang juga merupakan rakannya, menjadi tular di Twitter.

"Saya tak sangka langsung boleh jadi viral sebab saya lukis untuk seronok-seronok saja. Mungkin rakan saya nak tunjukkan penghargaan kerana dekorasi tersebut menggembirakan adik perempuannya," katanya.



Antara dekorasi yang dihasilkan oleh Nurul Aina.

Gadis berusia 23 tahun ini berkata, dia sememangnya meminati subjek pendidikan seni ketika di bangku sekolah dahulu.

Justeru, dia cuba untuk meneruskan minatnya dengan melakukan dekorasi di atas kek sekiranya mendapat permintaan daripada pelanggan.

Alhamdulillah, saya enjoy dengan apa yang saya buat sekarang. Kalau ada rezeki dan peluang, satu hari nanti saya teringin nak buka kedai bakeri sendiri.

NURUL AINA ABU BAKAR

"Selalunya, bagi pelanggan yang nak buat dekorasi kartun, potret atau sebagainya, mereka kena tempah beberapa hari lebih awal bimbang kek diingini tak ada pula.

"Kemudian barulah saya akan melakukan proses dekorasi mengikut permintaan pelanggan," ujarnya yang berkhidmat di outlet Star Avenue, Shah Alam sejak lebih dua tahun lalu.

Graduan jurusan Pengurusan Hotel dan Katering ini berkata, setiap dekorasi yang dihasilkan hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua jam jika diberikan tumpuan sepenuhnya.



Dekorasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diminta oleh pelanggan.

"Alhamdulillah ramai pelanggan yang suka dengan hasilnya. Niat saya hanya nak buat pelanggan gembira. Melihat mereka gembira saja sudah cukup memberikan kepuasan kepada diri saya.

"Kenangan paling manis, bila ada pelanggan yang datang dari jauh semata-mata nak minta saya deko kek mereka sebab tak semua outlet ada disediakan khidmat deko. Ada dari Kuala Lumpur, ada juga dari Perak," ujarnya lagi.



Nurul Aina gembira apabila hasil dekorasinya disukai para pelanggan.

Gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang, Nurul Aina berkata buat masa ini dia mahu fokus dengan kerjaya yang diceburinya.

"Alhamdulillah, saya enjoy dengan apa yang saya buat sekarang. Kalau ada rezeki dan peluang, satu hari nanti saya teringin nak buka kedai bakeri sendiri," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain