SESIAPA yang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan sudah pasti 'masak' dengan perangai manja dan mengada-ngada mereka. Tidak lengkap rasanya jika si bulus ini tidak menyakat pemiliknya dalam sehari. Sungguhpun ada ketikanya haiwan ini nakal hingga pemiliknya geram dan pening kepala, namun kehadirannya begitu menceriakan suasana dan menghiburkan di pemilik yang kadang kala tertekan dengan tugas seharian.ARTIKEL BERKAITAN: Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali keduaARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa ‘peneman’ pergi kerja – “Macam gangster yang sayang sangat mak dia” Baru-baru ini perkongsian seorang gadis mengenai gelagat kucingnya di Twitter mengundang perhatian netizen. Menerusi video berdurasi lebih daripada seminit itu, kucing berbulu putih bersih itu dilihat cuba meraih perhatian apabila sengaja berbaring di pangkuan ibu gadis berkenaan yang sedang bersolat. Haiwan itu juga enggan berganjak walaupun dipanggil, malah terus setia berada di pangkuan sehingga pemiliknya selesai menunaikan solat. Serkam cuba meraih perhatian apabila bermanja dengan ibu Hani yang sedang solat. Sehingga kini perkongsiannya meraih 10,500 retweet dan 12,800 likes. Menurut pelayar bernama Syakirah Hani, kucingnya yang diberi nama Serkam itu sering mengganggu ibunya bersolat, namun ketika rakaman dibuat, ia seolah-olah cuba meraih perhatian lantaran tidak sihat. "Serkam sebenarnya kalau ibu solat, mesti dia mengacau. Tapi kali ni dia hanya duduk di pangkuan ibu yang ketika itu sedang tahiyat akhir. Dalam banyak-banyak tempat, situ juga dia nak tidur. "Mungkin juga ia nak perhatian sebab tak sihat. Sudah lebih seminggu juga Serkam tak aktif tapi hanya berkesempatan bawa ke klinik pada Khamis," kata gadis ini kepada mStar. Antara komen netizen yang menyifatkan Serkam seolah-olah sedang memberi petanda. Ujar gadis ini lagi, dia sendiri tidak menyangka perkongsian yang hanya dibuat secara bersahaja itu mengundang perhatian netizen, malah ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing sehingga membuatkan gadis ini tidak senang duduk. "Dalam kapsyen video tu, saya beritahu Serkam demam. Kebetulan pula Serkam macam bermanja dengan berbaring atas pangkuan sambil pandang ibu, ada yang kaitkan keadaan itu seperti ia petanda 'nak pergi'. "Saya jadi bimbang pula sebab ramai juga yang kongsi pengalaman mereka, di mana kucing akan bermanja dengan tuannya sebelum 'pergi'. Sebenarnya, ibu saya, Noor Azni seorang bekas pesakit kanser payudara. Tujuh tahun dah bergelar cancer survivor. Sejak pelihara Serkam, ibu banyak sangat berubah. SYAKIRAH HANI PEMILIK KUCING "Saya dah bawa ke klinik dan doktor dah beri ubat. Kemungkinan hanya disebabkan alahan. Mohon doakan sangat supaya Serkam panjang umur. Tak dapat bayangkan macam mana rasanya kalau Serkam tiada," kata gadis berusia 23 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, gadis yang senang disapa Hani ini berkata, kehadiran Serkam di dalam keluarganya memberi makna yang cukup besar sungguhpun ia hanyalah seekor kucing jalanan yang dipungut di sebuah kedai makan, tahun lalu. Hani menyifatkan kehadiran Serkam memberi makna kepada keluarganya sungguhpun ia hanya kucing jalanan yang ditemui di kedai makan (gambar kanan). "Sebenarnya, ibu saya, Noor Azni seorang bekas pesakit kanser payudara. Tujuh tahun dah bergelar cancer survivor. Sejak pelihara Serkam, ibu banyak sangat berubah. Ibu kurang stres dan keadaannya semakin baik. "Memang saya perasan perubahan ibu sejak ada Serkam. Mungkin betullah kucing ni boleh dijadikan terapi untuk diri seseorang. Sebab itu Serkam sangat istimewa," ujarnya sambil menambah, nama kucingnya itu diberi sempena nama lokasinya ditemui iaitu di Serkam, Melaka. Serkam disayangi oleh seluruh keluarga Hani sejak ia dipelihara pada tahun lalu. Menyifatkan hubungan antara Serkam dengan ibunya sangat rapat, Hani berkata haiwan itu malah tidak boleh tidur sekiranya ibunya tiada di sisi. "Serkam ni sangat rapat dengan ibu. Tidur pun atas katil dengan ibu. Kalau tak ada ibu, dia tak tidur. Ibu pula kalau setiap kali balik mengajar, pasti Serkam yang dicari dulu. "Layanan pada Serkam dah macam cucu sendiri. Siap bahasakan diri sebagai Nanny. Tak boleh bayangkan kalau Serkam tak ada walaupun hakikatnya, tak tahu siapa yang 'pergi' dahulu," ujarnya menutup bicara. View this post on Instagram Manja eyhhh si Serkam ni. Orang nak solat, itu jam jugak dia nak manja-manja. Kucing siapa macam ni jugak? Kredit: hnihmdn #mstaronline #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 6, 2020 at 7:06pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!