suria

Gadis menangis gara-gara RM100 di terminal feri, lelaki bertopi pakai baju merah dicari - “Patutlah saya perasan dia tunggu tepi kedai”

Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Sabah pada Selasa petang.

"MENANGIS dalam kedai kerana dihantui rasa bersalah."

Demikian luah seorang gadis berusia 21 tahun apabila mengenangkan kesilapannya sehingga gagal mengembalikan wang baki seorang pelanggan lelaki pada Selasa petang.

Mahu dikenali sebagai Moii Aesa, dia yang bekerja secara sambilan di sebuah kedai baju di Terminal Feri Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan, tampil berkongsi kisah itu menerusi Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari sampai Facebook! Wanita terkejut dihubungi pelancong Rusia terkandas, tiada duit - “Masa tu nak cepat, itu je saya boleh bantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Malu apa sis! Gadis 'all out' iklan diri cari jodoh... Perhatian lelaki single, tak takut lipas 'aku perlukan boyfriend'

Melalui hebahan berkenaan, dia juga menyeru bantuan orang ramai agar membantunya menjejaki semula pelanggan berkenaan.

"Dia beli dua helai baju 'I Love Labuan' pada harga RM43. Dia bagi duit RM100 tapi saya sangka ia RM50 sebab ia terlindung dengan tiga keping wang RM1.

Moii bekerja secara sambilan di kedai baju itu.

"Jadi baki yang perlu diberi ialah RM60, tapi saya bagi RM10 je. Saya sedar hal itu dalam sejam kemudian.

"Patutlah saya perasan dia tunggu kat tepi kedai, tapi mungkin dia pun ragu-ragu dan malu untuk tanya," ujarnya gadis yang mesra disapa Moii ini kepada mStar.

Menurut gadis dari Tanjung Aru itu, lelaki berkenaan berusia lingkungan 20-an, bertutur dalam dialek tempatan Sabah dan memakai baju merah dengan topi sewaktu kejadian.

Saya risau dia fikir bukan-bukan. Tapi masa dia beli tu saya layan dia baik-baik je.

MOII AESA

Selepas membeli dua helai baju di kedai itu, lelaki berkenaan menaiki feri menghala keluar dari Labuan, dipercayai menuju ke Menumbok, Kota Kinabalu atau Lawas.

"Saya rasa bersalah, macam nak nangis... memang nangis pun dalam kedai. Sebab tu saya post di Twitter, saya mahu kembalikan duit itu.

"Tak sangka akan jadi macam ni. RM60 tu besar nilainya. Kalau RM1 sekali pun, kalau sempat perasan, mesti saya bagi balik," ujarnya.

Menurut Moii, lelaki itu membeli dua helai baju pada Selasa petang.

Menurut Moii lagi, dia juga mahu memohon maaf kepada lelaki itu dan bertekad untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya risau dia fikir bukan-bukan. Tapi masa dia beli tu saya layan dia baik-baik je. Saya terfikir kenapa dia tak tanya saya semula.

"Saya nak minta maaf, saya nak bank in semula duit tu," ujar Moii lagi.

Sehingga kini, posting hebahan Moii di Twitter menerima lebih 3,500 ulang kicau (Retweet).



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Moii Aesa, feri, Labuan, baki, viral, jujur, supportLOKAL

Artikel Lain