suria

Anggap letak emoji Jalur Gemilang di media sosial sempena merdeka 'sampah' cetus debat, paling best Tengku Jihan mencelah... terus dapat belasan ribu retweet

Tweet lelaki itu mengundang perdebatan ramai sehingga turut mencuri tumpuan Tengku Jihan.

SEBAGAIMANA zaman sudah berubah, cara rakyat Malaysia menzahirkan kecintaan kepada negara juga kini sedikit berbeza.

Suatu masa dahulu misalnya, Jalur Gemilang megah berkibar di seluruh pelusuk negara setiap kali tibanya bulan Ogos.

Selain di kawasan kediaman, premis perniagaan, bangunan, kereta, motor mahupun basikal pastinya akan dihiasi dengan jalur keramat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah di sebalik tiang bendera, nostalgia arwah ibu dan Malaysia baharu

Kini dengan wujudnya media sosial, sebilangan anak muda memilih cara yang lebih digital untuk mempamerkan semangat patriotisme mereka.

Bagaikan menjadi trend, ramai yang menggunakan emoji Jalur Gemilang di media sosial mereka.

Malah, ada juga yang menggunakan Jalur Gemilang sebagai gambar profile laman sosial mereka.

Namun, ada pula yang kurang senang dengan hal itu dan ia disifatkan sekadar mengikut trend semata-mata tanpa memahami erti sebenarnya.

Tengku Jihan turut memberi komen mengenai kenyataan itu menerusi Twitter.

"Letak flag Malaysia sebab ikut trend so sampah," tulis seorang pemuda di laman Twitter.

Tweet ringkas yang dikongsi pada Jumaat itu bagaimanapun mengundang perdebatan di laman sosial berkenaan.

Ada yang menyokong, tak kurang juga yang membangkang kenyataan berkenaan.

Bukan sampah kalau nak meraikan hari Merdeka Malaysia.

TENGKU PUTERI JIHAN

"Korang jangan salah faham, but I think maksud dia ada sesetengah orang yang letak Malaysian flag bukan sebab bangga, tapi sebab nak ikut trend sahaja, ' tulis seorang lagi individu di ruangan balas.

"Fikir positif, maksudnya, kita niat jangan ikut trend, tapi niat patriotisme, baru tak sampah," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Bagaimanapun, tweet itu turut mencuri tumpuan anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Ramai yang menggunakan emoji Jalur Gemilang di Twitter.

"Bukan sampah kalau nak meraikan hari Merdeka Malaysia," tulis Tengku Jihan sebagai respon kepada tweet pemuda berkenaan.

Malah, ia turut menerima lebih 17,000 ulang kicau (Retweet).

Di ruangan balas, netizen turut menegur kata-kata lelaki berkenaan dan memberi nasihat agar dia sentiasa bersangka baik dengan mana-mana individu yang menggunakan emoji berkenaan.

"Kan, atleast ada effort yang kita peduli pasal kemedekaan negara sendiri dan bangga dengan bendera negara. Yang cakap sampah ni yang sebenarnya cakap lebih, effort tak ada.

Tweet Tengku Jihan berhubung kenyataan lelaki itu.

"Saje nak attention je tu. Seronok dia. Dah nama pun bulan merdeka mestilah jadi trend letak bendera dekat mana-mana sekalipun.

"Tiada jiwa kemerdekaan la mereka ni. Sedihnya rasa. Kita dari sekolah lagi diajar apa maknanya menyambut bulan ni. Setiap kali bulan Merdeka berkobar-kobar bawa bendera tau," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain