SIAPA sangka, hobinya yang gemar menggayakan kostum Predator secara suka-suka akhirnya bertukar menjadi 'kerjaya' yang menjana pendapatan sampingan! Semuanya gara-gara aksinya sedang menolak motosikal yang kehabisan minyak sambil berpakaian lagak watak utama sebuah filem Hollywood itu menjadi viral di media sosial minggu lalu. Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki bernama Mohd Nor Hisham Awang Nong berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut 'mengubah' rutin hariannya sejak ia tular.ARTIKEL BERKAITAN: “Kostum tebal yang saya pakai boleh rasa ke?” - Mickey Mouse nafi tuduhan rangkul pinggang gadis, hanya cari rezeki untuk keluargaARTIKEL BERKAITAN: Pemandu 4WD sebak jumpa lelaki gigih tolak motosikal dari Tanjung Malim ke Penang selepas dibuang kerja, dibayar RM5 - “Dia dah macam hilang separuh nyawa” "Masa hari kejadian, saya bersama rakan mengedarkan pelitup muka percuma kepada orang awam di Padang Kota, Georgetown. Tanpa disedari, rupa-rupanya minyak motor habis maka terpaksalah tolak ke stesen minyak. "Saya langsung tak tahu ada orang merakam gelagat saya ketika itu. Muka ganas tapi tolak motor. Selepas viral, anak saya pula muat naik di Twitter dan memberitahu bahawa 'Predator' tersebut adalah bapanya iaitu saya. Perkongsian yang dimuat naik oleh salah seorang anak Mohd Nor Hisham yang mendedahkan identitinya. "Sejak dari hari itu, ramai yang tahu identiti lelaki di sebalik kostum Predator tersebut tambah-tambah lagi saya berniaga ayam gunting di hadapan Hospital Pulau Pinang," katanya. Lelaki berusia 48 tahun ini berkata, setakat ini dia menerima undangan daripada pelbagai pihak yang mahu dirinya tampil dalam acara tertentu. Mohd Nor Hisham sering menjadi tumpuan orang awam ketika menggayakan kostum Predator. "Sejak-sejak viral ni, telefon bimbit ni memang selalu kena cas. Dalam waktu terdekat ni, saya dijemput ke Kuantan dan juga Kuala Terengganu. "Saya akan muncul di lokasi awam tumpuan, ramai yang jemput saya menghiburkan tetamu pada majlis perkahwinan. Setakat ini jemputan yang dapat hingga bulan Mac tahun depan. Memang kena susun jadual elok-elok," ujar bapa kepada tujuh cahaya mata ini. Sejak-sejak viral ni, telefon bimbit ni memang selalu kena cas. Dalam waktu terdekat ni, saya dijemput ke Kuantan dan juga Kuala Terengganu. MOHD NOR HISHAM AWANG NONG Berkongsi cerita mengenai hobinya itu, lelaki ini berkata semuanya bermula sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. "Masa tu nak berniaga pun tak boleh, jadi ada banyak waktu terluang. Masa itulah datangnya idea ini. Pemilihan kostum Predator sebab saya sendiri minat dengan filem itu. Bapa kepada tujuh anak ini merupakan seorang peniaga ayam gunting di sebuah gerai yang terletak berhadapan Hospital Pulau Pinang. "Jadi saya mula cipta kostum. Yang bahagian kepala itu saya dapat dari sahabat saya. Saya mula munculkan diri di sekitar komuniti saya dulu iaitu di Padang Kota. "Ramai yang teruja dan ambil gambar sebab sangat 'rare'. Saya tak kenakan bayaran pun tapi ramai yang tetap memberikan tip. Masa itu tak viral lagi... hanya baru-baru ini saja," ujarnya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan sebelah mata. Hobi lelaki ini turut mendapat sokongan daripada keluarganya. Tambah Mohd Nor Hisham, sungguhpun situasi yang dialami kini umpama kejutan, namun dia bersyukur dengan sambutan yang diterima dan menganggapnya sebagai rezeki. "Sedikit sebanyak ini umpama kejutan juga. Tiba-tiba rasa macam ada peminat. Siapa sangka, daripada hobi, boleh menjana pendapatan sampingan.... daripada hiburan, boleh bertukar menjadi kerjaya pula," ujarnya mengakhiri bicara. View this post on Instagram Ganas-ganas pun Predator terpaksa tolak motor sendiri. Agaknya siapa gerangan di sebalik wajah ganas ni ya. Tungguuuu jap lagi Pm for credit #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 15, 2020 at 8:48pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!