suria

Videographer sanggup ‘tebal muka’ dekati lelaki tak dikenali di Bukit Bintang, aksi 10 minit je... hasil video, wow luar biasa!

Paparan skrin video yang dihasilkan Shaffuan di Bukit Bintang pada Jumaat.

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan usaha seorang juruvideo muda yang sanggup menebalkan muka dalam berkarya.

Menerusi satu rakaman yang kini tular, Muhammad Shaffuan Mustafa, 20, mendekati seorang lelaki tidak dikenali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat sebelum mempelawanya untuk menjadi subjek dalam video miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank throwback kisah 10 tahun lepas, edit video guna ‘laptop pinjam’ - “Itu pun boleh dua kali sebulan je...”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Shaffuan memperincikan proses rakaman yang berlangsung secara spontan itu sehingga ia kini meraih ratusan ribu tontonan di media sosial.

"Saya dapat inspirasi dari video TikTok luar negara. Pada saya, kalau orang luar boleh buat, kenapa kita tak boleh?

"Ini kali pertama saya approach orang tak dikenali untuk buat video di tempat terbuka. Saya plan dalam pukul 5 petang, tapi hujan turun.

Shaffuan mula berjinak-jinak dalam pembikinan video sejak berusia 16 tahun.

"Masa nak balik sekitar pukul 7, hujan pun reda. Memang masa tu mood sangat cantik untuk rakam video. Pada masa itu juga saya dekati seorang lelaki yang memakai rain coat dan dia bersetuju untuk menjadi model dalam video," ujarnya.

Menurut penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor itu, rakaman berkenaan dibuat dalam masa 10 minit sahaja.

Selain model tersebut dan dirinya, dia turut ditemani seorang lagi rakan dikenali sebagai Taqi yang membantunya membuat rakaman di sebalik tabir (behind the scene).

Alhamdulillah, saya gembira dengan reaksi orang ramai lepas saya kongsi video tu.

MUHAMMAD SHAFFUAN MUSTAFA

"Pada waktu itu, saya bagi arahan kepada lelaki itu macam mana dia kena beraksi. Dalam 10 minit rakaman je. Malam tu juga terus saya edit.

"Konsep video tu, saya nak sampaikan kisah kononnya dia seorang yang lonely dan sedang cari sesuatu dalam diri dia.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan reaksi orang ramai lepas saya kongsi video tu. InsyaAllah nanti saya akan hasilkan video-video lain di lokasi berbeza," ujarnya yang mula berjinak-jinak dalam pembikinan video sejak berusia 16 tahun.

Shaffuan bersama Mira Filzah sewaktu sesi penggambaran video Baby Sayang.

Kata Shaffuan lagi, segala ilmu dan kemahiran dalam penghasilan video dipelajarinya sendiri menerusi YouTube sahaja.

Dalam pada itu, penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal itu juga pernah terlibat dalam penghasilan video untuk selebriti tempatan.

Antaranya lagu Sakit (Zynakal dan Yonnyboii), BAL (Caprice, MK, Tuju dan Zynakal) serta Baby Sayang (Caprice dan Mira Filzah).

Shaffuan merupakan penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.

Dalam pada itu, video Shaffuan yang dirakam di Bukit Bintang itu terus dihujani dengan pelbagai komen di Twitter.

Rata-rata netizen memberikan pujian dan menyifatkan ia setaraf dengan video-video berkonsepkan sama dari luar negara.

"Sumpah lawa, auto jadi macam kat luar negara dengan macam baru lepas hujan tu.

Shaffuan sewaktu penghasilan video muzik BAL.

"Ya Allah cantiknya. Awak belajar kat mana buat video macam tu? Mesti pandai edit kan.

"Sumpah talented. Lagu pula kena dengan videonya. Keep it up," tulis beberapa pelayar Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain