suria

Nostalgia! Dulu makanan orang susah, jadi bekal turun ke bendang... pulut kini menu orang kaya - “Siapa tak suka, rugi”

Perkongsian seorang wanita mengenai pulut di Facebook mengimbas nostalgia netizen terhadap juadah popular itu. -foto Facebook Zabidah Zakaria

JUADAH yang cukup ringkas dan mampu dihasilkan dengan kos yang rendah, namun rasanya begitu membangkitkan selera.

Itulah gambaran mengenai juadah kegemaran ramai iaitu pulut yang dihidangkan bersama ikan masin dengan taburan kelapa parut.

Di Facebook misalnya, seorang wanita, Zabidah Zakaria berkongsi foto juadah itu menerusi laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official sehingga mengundang perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri cara dulu-dulu, makan berhidang dalam talam gamit nostalgia - “Anak bujang, anak dara sekarang susah basuh pinggan”

ARTIKEL BERKAITAN: Barang kenduri tak jadi diguna sepanjang PKP, pengantin nikah online mahu Covid-19 berakhir segera - “Satu Malaysia doakan kami...”

Ujarnya, pulut itu membangkitkan nostalgia bersama arwah ibunya memandangkan ia sering dihidangkan untuk santapan keluarga sejak dahulu lagi.

"Menu kegemaran saya dan menu inilah yang arwah ibu bekalkan saya untuk ke sekolah kalau tak berduit.

"Ada orang cakap benda macam ni pun nak post. Saya tak ganggu orang pun, cuma ganggu phone saya je. Nikmat, siapa tak suka, rugi," tulisnya sehigga menerima hampir 3,000 tanda suka (likes).

Turut disertakan dengan tiga foto, ia mengundang hampir 600 komen netizen dalam tempoh dua jam selepas ia dimuatnaik pada Jumaat.

Selain ikan masin, ia turut dihidangkan bersama kelapa parut yang akan digaul bersama.

Rata-rata netizen turut tampil berkongsi kisah masing-masing berkenaan juadah berkenaan.

Menurut seorang wanita, pulut yang dimakan dengan ikan masin dan kelapa parut mengajarnya erti syukur sewaktu melalui zaman kesusahan.

Malah, ada juga yang berkongsi kisah throwback dan mendedahkan ia merupakan bekal yang sering dibawa setiap kali turun bekerja di sawah padi.

Menu inilah yang arwah ibu bekalkan saya untuk ke sekolah kalau tak berduit.

ZABIDAH ZAKARIA

"Bekal pergi bendang. Dulu-dulu kita pergi bendang tolong ayah kita tau. Nostalgia. Orang sekarang tak tahu benda alah ni.

"Tengok menu ni teringat arwah tok ayah. Al-fatihah buat arwah.

"Hanya orang yang pernah lalui zaman begini tahu menghargai erti syukur. Alhamdulillah.

"Dulu, mungkinlah tak berduit... tapi sekarang ni, makanan orang kaya tau. Pulut dan ikan masin dah naik harga. Hambik kau.

Selain pulut dengan ikan masin, pulut panggang dan pulut mangga turut diminati ramai.

"Apa nak malu? Mahal tau. Pulut sekilogram dah berapa? Kelapa parut mahal juga," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada juga pelayar Twitter yang mencadangkan ia dimakan dengan ikan kukus atau rebus yang digoreng.

Malah kata mereka, menjadi satu kerugian jika sesiapa tidak suka akan juadah berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain