suria

‘Tibai’ kain pelikat kawan, model entah siapa-siapa... pemuda tak sangka foto street fashion pernah dipadamnya dulu sebenarnya luar biasa!

Dua pemuda yang pertama kali menjadi model tetapi tidak kekok di hadapan kamera. Foto Muaz Zainuddin

WOW! Bukan sekadar kain sarung yang biasanya dipakai golongan lelaki, seorang pemuda mengubah definisi kain pelikat dengan pelbagai gaya.

Seperti penggambaran fesyen, model-model yang menggayakan kain pelikat itu juga tidak kekok beraksi di hadapan kamera sehingga perkongsiannya di laman sosial menjadi perhatian.

"Lepas tu aku tibai lagi kain pelikat member aku nak shoot macam ni," tulis pemuda itu menerusi akaun twitter @muazdin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami memang nak tunjuk bahagian dalam" - Kecoh baju Melayu Hari Raya 'transparent’'nampak puting, samping atas lutut

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 - "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

Pemuda berkenaan, Muaz Zainuddin memberitahu, dia bukanlah pereka fesyen, sebaliknya foto-foto tersebut adalah hasil tugasan fotografi sempena tahun akhir pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor awal tahun ini.



Kain pelikat dengan gaya street style.

Lepasan graduan Ijazah Sarjana Muda Fotografi itu berkata, dalam tugasan tersebut dia memilih untuk melakukan fotografi fesyen dan menyertai pameran di Publika, Kuala Lumpur.

"Kira-kira lima kain pelikat saya ambil daripada kawan-kawan lelaki sekelas. Saya gabungkan elemen kain sarung dengan street style untuk nampak moden.

"Saya mendapat inspirasi daripada Jakarta Sarung Fest sewaktu menjalani program latihan amali di Jakarta, Indonesia, awal 2019," kata pemuda berusia 24 tahun itu kepada mStar.



Siapa sangka model ini sebenarnya pekerja di kedai makan.

Muaz yang pernah menjalani program latihan amali bersama pereka fesyen, Jeny Tjahyawati di Jakarta bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai bajet untuk mengupah model-model ternama bagi menyempurnakan tugasannya itu.

"Saya tak ada duit banyak untuk ambil model sebab masih belajar. Jadi, satu hari tu saya tegur seorang waiter (pelayan) warga Indonesia di sebuah kedai makan di Puncak Alam.

Lama-kelamaan keyakinan itu datang sendiri. Saya post semula gambar-gambar model ini yang hanya orang biasa-biasa tapi gaya mereka memang luar biasa.

MUAZ ZAINUDDIN

"Ketika itu saya pesan lamb chop. Saya nampak dia ada rupa, jadi saya tawarkan dia untuk jadi model untuk sesi fotografi dan akan diberikan token.

"Mula-mula dia takut, tapi selepas itu dia mahu membantu dan teruja sebab pertama kali jadi model. Pemuda berusia 24 tahun yang berasal dari Bandung itu sebenarnya baru dua bulan bekerja di kedai makan tu," ujar anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu.



Pemuda yang dikenali Muaz selepas solat Jumaat di sebuah masjid.

Menurut pereka grafik itu, model kedua yang juga berusia 24 tahun ditegurnya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Puncak Alam.

"Selesai solat dan doa, saya nampak dia di sebelah saya. Bentuk wajah dia sharp dan ada ketinggian macam model. Mula-mula tanya khabar selepas itu saya tawarkan dia jadi model.

"Saya tegur mereka beberapa bulan sebelum projek tahun akhir. Walaupun tiada pengalaman jadi model sebelum ini, tapi mereka selesa di hadapan kamera," tambah anak sulung daripada enam beradik itu.



Muaz bersama hasil fotografinya sempena tugasan tahun akhir di UiTM Puncak Alam.

Namun, siapa sangka anak muda berbakat ini pernah memadamkan foto-foto projek tahun akhirnya yang dikongsi di media sosial awal tahun ini kerana tiada keyakinan diri.

"Saya pernah post gambar-gambar tersebut tujuh bulan lalu. Tapi entah kenapa saya rasa macam tak yakin sebab saya rasa boleh melakukannya jauh lebih baik daripada itu.

"Tapi lama-kelamaan keyakinan itu datang sendiri selepas saya mula bekerja. Sebab itu saya post semula gambar-gambar model ini yang hanya orang biasa-biasa tapi gaya mereka memang luar biasa," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain