suria

Order beriya, kemudian block nombor di WhatsApp! Pelajar kongsi pengalaman perit ditipu pelanggan - “Barang seni bukan murah”

Pengalaman pahit pernah ditipu pelanggan tidak mematahkan semangat Siti Nur Afiqah untuk melebarkan sayapnya dalam bidang seni.

SIAPA yang tidak sedih dan kecewa apabila niat ikhlas untuk mencari rezeki senang-senang diperkotak-katikkan oleh orang lain?

Itulah pengalaman pahit yang dilalui oleh gadis ini ketika mula berjinak-jinak menjual lukisannya demi mencari pendapatan sampingan sewaktu zaman persekolahan beberapa tahun lalu.

Menurut Siti Nur Afiqah, dia terpanggil untuk turut membuat perkongsian di Twitter selepas terbaca pengalaman seorang pelukis yang ditipu, memandangkan dia juga pernah mengalami situasi yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya pensil warna, potret karya gadis ini meletop... letak harga 'marhaen' pula tu! - “Sebak bila diminta lukis gambar insan kesayangan yang dah tiada”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis autistik batal hasrat berhijrah, Dr Noor Hisham sebabnya... potret pada cawan Starbucks tanda penghargaan – “Siapa lagi kalau bukan kita bangunkan negara”

Bercerita mengenai insiden pahit yang berlaku ketika dia masih bergelar pelajar tingkatan enam, gadis berusia 21 tahun ini berkata dia dihubungi seorang 'pelanggan' yang mahu menempah beg sandang (tote bag) dengan lukisan yang direkanya sendiri.

"Dia budak sekolah juga waktu tu dan dia dah bagi design, siap beritahu semua nak berapa, nak bayar by hand, bagitahu jumpa kat mana semua.

"Jadi kiranya memang dia dah order, tapi waktu saya bagi gambar progres tu, dia bagitahu macam tak jadi. Lepas tu terus block saya di WhatsApp," ceritanya yang memulakan bisnes custom 'tote bag' sejak tingkatan tiga.



Afiqah mula mengambil tempahan 'custom tote bag' sejak Tingkatan 3.

Apa yang membuatkannya lebih kecewa apabila mengenangkan wang yang dilaburkan untuk menyiapkan tempahan pelanggan berkenaan.

"Banyak juga modal beratus-ratus, sebab beli tote bag tu, alat-alat untuk lukis dan warna, pen sahaja ada yang RM5 sebatang.

"Sebab kita keluar modal semua, duit, tenaga, masa, idea nak siapkan, jadi bila pelanggan buat perangai macam tu agak terkilan, tiada common sense.

"Cuma Alhamdulillah saya tak buat betul-betul lagi, baru progres 20 peratus, kalau dah siap full, sangat sedih dan kecewa," ujar gadis ini.



Antara hasil karya Afiqah di atas kanvas.

Bagaimanapun pengalaman tersebut tidak membuatkan semangatnya patah untuk terus giat menghasilkan lukisan lantaran bidang seni merupakan minatnya sejak kecil.

Melanjutkan pelajaran di sebuah Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) dalam jurusan seni halus, gadis ini mengorak langkah maju ke depan bukan sahaja giat menghasilkan karya, malah menyertai pertandingan anjuran sebuah galeri sehingga berjaya memperoleh pencapaian yang membanggakan.

Pertama kali sertai pertandingan melukis live depan orang ramai. Alhamdulillah saya dapat tempat kedua. Itu pun saya tak jangka, tapi rezeki saya.

SITI NUR AFIQAH

PELAJAR JURUSAN SENI HALUS

"Saya pernah buat design doodle untuk kafe ais krim di tempat saya. Sekarang saya masih belajar lagi pelbagai media, dan saya lebih gemar menggunakan media watercolor.

"Alhamdulillah, baru sahaja saya terima job painting atas tote bag. Salah satu pencapaian terbesar saya tahun 2019, saya join pertandingan anjuran Galeri Shah Alam.



Afiqah menyertai pertandingan anjuran Galeri Shah Alam di mana dia berjaya mendapat tempat kedua.

"Pertama kali sertai pertandingan melukis live depan orang ramai. Alhamdulillah saya dapat tempat kedua. Itu pun saya tak jangka, tapi rezeki saya. Ada 100 lebih peserta ketika itu," ujar gadis yang berasal dari Segamat, Johor ini.

Bercerita lebih lanjut, anak ketiga daripada sembilan adik beradik ini berharap agar perkongsiannya dapat memberi mesej agar jangan senang-senang memperkotak-katikkan usaha orang lain.



Tulang belakang Afiqah yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan untuknya meneruskan minat dalam bidang seni.

"Sekiranya tidak meminati dan memahami seni, belajarlah untuk menghargai. Kami buat bukan dengan sifar, banyak sangat yang digunakan terutama wang.

"Barang seni bukanlah murah. Idea nak fikir lagi, semua untuk puaskan hati pelanggan, nak mereka gembira dengan hasil karya kita. Jadi belajar menghargai seni, jangan main-main order," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lukisan, tote bag, seni halus, pelanggan, tipu, rugi

Artikel Lain