suria

Terdengar anak main jual ikan masa solat, mak urut dada tengok dapur jadi taman tema - “Malas cakap banyak... tutup air, sambung doa”

Gelagat tiga cahaya mata Nabihah yang dikongsikan di laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini mengundang perhatian netizen.

KANAK-KANAK di bawah usia enam tahun memang penuh dengan daya imaginasi.

Namun dek kerana daya imaginasi yang terlalu tinggi dan perasaan ingin meneroka sesuatu perkara baharu kadang kala boleh membuatkan ibu bapa 'sakit jantung'.

Hendak dimarah berlebih-lebihan pun tidak wajar pula kerana pada usia ini, sudah menjadi tabiat semula jadi kanak-kanak untuk meneroka setiap perkara di sekeliling mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ tak dengar kata! Bapa kongsi detik lucu 'insiden' kereta terpacak di kepala anak, ada drama selepas kejadian - “Sempat la rekod sebelum tolong dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak join keluarga makan tengah hari, anak 5 tahun rupa-rupanya ada ‘projek’ besar di tingkat atas - “Dah banyak kali saya bebel, tapi tak makan saman ”

Tetapi tidak dinafikan, perasaan marah boleh bertukar menjadi terhibur apabila mengenangkan keletah mereka sebagaimana perkongsian seorang ibu ini.

Menerusi laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini, pelayar bernama Nabihah Sedik memuat naik sekeping gambar memperilhat keadaan dapur rumahnya yang bertukar menjadi 'taman tema' gara-gara dikerjakan dua anaknya.



Perkongsian Nabihah mengenai gelagat anak-anaknya menerusi laman Anak Sepahkan Apa Hari Ini mengundang komen lucu daripada netizen.

"Sesudah solat... Dah jadi water theme park gaisss. Malas cakap banyak... pergi dapur, off air, lock Cuckoo. Sambung baca doa," tulisnya pada perkongsian tersebut yang kemudian mengundang ratusan komen lucu daripada ahli kumpulan yang lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita berusia 30 tahun ini berkata tujuan perkongsiannya di laman berkenaan hanyalah sekadar hiburan semata-mata, tambahan pula laman itu sememangnya ditubuhkan untuk para ibu bapa berkongsi gelagat anak masing-masing.

"Saya seorang suri rumah jadi memang 24 jam dengan anak-anak. Jadi sajalah nak post dekat group tu. Tak sangka ramai bagi maklum balas dan komen-komen yang terhibur dengan perkongsian tu," katanya.

Cara saya, nak main tak apa tapi kena kemas... no excuse. Sebab bagi saya, imaginasi kanak-kanak ni tinggi jadi biarkan mereka explore tapi dalam masa yang sama ibu bapa kena monitor juga.

NABIHAH SEDIK

IBU

Bercerita mengenai insiden tersebut, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata ketika itu dia sedang menunaikan solat Asar di dalam bilik sebelum terdengar riuh bunyi perbualan anak-anaknya.

"Telinga saya sempat la menangkap perbualan anak sulung dengan anak kedua. Mereka macam main jual-jual ikan. Sesudah solat dan menjenguk ke dapur, mahu tak terkejut tengok dah banjir.

"Saya tanya mereka, ini siapa punya kerja tapi semua diam. Tak cakap banyak, saya terus tutup air paip di sinki dan juga lock penapis air kemudian kembali semula ke bilik teruskan bacaan doa," ujarnya sambil ketawa.



Permata hati Nabihah yang berusia lima, tiga dan dua tahun.

Tambah Nabihah, dia kemudian membiarkan anak-anaknya yang berusia lima, tiga dan dua tahun itu bermain sehingga puas sebelum mengajak mereka mengemas bersama-sama.

"Lantai yang banjir tu ajar mereka guna penolak air... kemudian kemaskan mainan yang bersepah. Mereka tak menolak malah lebih seronok.

"Sambil-sambil tu, saya beritahu mereka jangan main air lagi, nanti jenuh ayah nak bayar bil. Nanti kalau licin, jatuh siapa susah. Mereka dengar sajalah," katanya yang menetap di Klang, Selangor.



Nabihah dan suami mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan gelagat anak-anak mereka yang aktif dan suka meneroka perkara baharu.

Tidak menyangka perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, Nabihah dalam masa yang sama berkata para ibu bapa sewajarnya tidak menyekat kebebasan anak untuk bermain.

"Cara saya, nak main tak apa tapi kena kemas... no excuse. Sebab bagi saya, imaginasi kanak-kanak ni tinggi jadi biarkan mereka explore tapi dalam masa yang sama ibu bapa kena monitor juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain