SEKADAR memberikan kata-kata pujian, namun dia pula yang menjadi mangsa hinaan. Begitulah kisah seorang gadis apabila rupa parasnya dijadikan jenaka selepas dia memuji seorang lelaki di laman Twitter. "Baju biru tu handsome," tulis Dayang Nadira Dirman di ruangan komen yang memuji seorang lelaki yang juga kenalan kepada rakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bertudung... bakal peguam enggan layan teguran menghina - “Agak bangga sebenarnya dengan penampilan saya dulu dan sekarang” ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’ Tiada angin tiada ribut, seorang gadis muncul dan mendakwa lelaki dipuji Nadira merupakan teman lelakinya. Tidak lama kemudian, rakan-rakan pasangan itu turut meninggalkan komen menghina wajah Nadira dan menyifatkan dia sebagai seorang yang benak. Bercerita kepada mStar, gadis berusia 19 tahun itu memperincikan semula kejadian itu sebagaimana ia tular dan meraih perhatian ramai pelayar Twitter. "Yang post gambar tu kawan saya, so saya puji salah seorang kawannya itu sebelum kekasih lelaki itu muncul. Sebahagian paparan skrin insiden di Twitter itu yang menjadi tular. "Kemudian kawan-kawan mereka pun komen juga, hina wajah saya. Saya terfikir, kenapa saya dikutuk sedangkan saya puji je. "Puji bukan niat nak menggatal. Saya memang suka puji orang termasuk kawan-kawan saya," ujarnya kepada mStar. Menurut anak kelahiran Semporna, Sabah itu, dia mengakui sedikit berang apabila diperlakukan sedemikian, namun enggan memanjangkan isu tersebut. Lebih mengejutkan, seorang individu di Twitter berkongsi semula paparan skrin penghinaan itu sehingga ramai netizen tampil memberikan sokongan buat Nadira. Jangan hina orang. Kenapa perlu hina orang yang beri pujian? DAYANG NADIRA DIRMAN "Rasa nak marah sikit la, tapi mereka tak ada point nak attack saya sebab saya hanya puji, bukan menggatal. Tak ada point, terus hina fizikal saya. "Saya tak sangka seorang tweetfamous akan screenshot dan post balik. Saya pun tak suka sangat viral macam ni. "Tapi rasa syukur ramai back up, rasa gembira ramai yang faham maksud sebenar pujian saya. "Lelaki baju biru tu ada call minta maaf. Saya pun maafkan je semua. Saya cerita balik ni pun sekadar nak nasihat. Nadira aktif melakukan kerja kebajikan menerusi Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor. "Ubahlah pemikiran kita. Jangan hina orang. Kenapa perlu hina orang yang beri pujian? "Berhenti face shaming, body shaming... kita tak tahu jika orang tu ada depresi dan sebagainya," ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Nadira yang menetap di Puchong merupakan sukarelawan Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor yang ditubuhkan ibu bapanya sejak 2016. Kata Nadira, menerusi badan kebajikan itu dia aktif memberikan bantuan buat anak kelahiran Sabah dan Sarawak yang kurang berkemampuan di Selangor termasuklah asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan mualaf. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!