LUMRAH sebagai pasangan suami isteri, pasti mahligai yang dibina tak terkecuali daripada dilanda badai. Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada krisis rumah tangga, antaranya faktor kewangan, keluarga, orang ketiga dan sebagainya. Menerusi perkongsian di laman Kisah Rumah Tangga, lelaki ini mendedahkan krisis yang sedang dialaminya berpunca daripada sikap si isteri yang sangat tidak matang dan juga baran.ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak... barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik - “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la”ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga musnah angkara suami 'kaki perempuan'... tak serik asyik kantoi, kemuncaknya masa PKP - “Saya yang belah perut langsung dia tak fikir” Menurut lelaki ini, isterinya mempunyai satu sikap yang amat tidak disenanginya, iaitu suka memuat naik setiap perkara di laman sosial Facebook, sekalipun yang bersifat aib. "Semua benda tak puas hati. Jaga anak merampus. Rakam anak-anak tengah bergaduh up dekat Facebook. Rumah bersepah tunjuk dekat Facebook. "Yang dia suka, mekap dan jaga badan. Masak langsung tak nak belajar. Buat air untuk tetamu datang rumah pun aku yang kena buat. Lepas tu up dekat Facebook kata laki dia tak suruh dia masak la. "Tak kisah kalau dia tak pandai masak. Aku hairan tak ada rasa malu ke? Bangga pulak jadi perempuan yang tak reti buat kerja rumah. Luahan seorang suami yang tidak tahan dengan sikap isterinya gara-gara suka memuat naik status di Facebook. "Kalau bergaduh suami isteri, cerita dekat Facebook. Dari org tak tahu, semua orang tahu. Allah dah tutup aib dia. Tapi dia yang 'telanjangkan' diri dia di khalayak ramai," luah bapa kepada tiga anak itu. Sikap si isteri membuatkan dirinya 'tebal muka' dengan rakan-rakan dan juga keluarga. Bagi lelaki ini, seorang isteri perlu tahu membezakan perkara yang wajar dan tidak wajar dikongsi untuk tatapan umum. "Perlu ke dia nak cerita hal pemalas dia pada semua orang? Cukup la aku dan dia yang tahu. Aku tak nak desak-desak dia. Aku bagi dia ruang untuk belajar.... untuk fikir sendri. "Jadi macam isteri-isteri orang lain. Aku pun teringin macam orang lain makan masakan isteri. Sepanjang kami kahwin, aku la masak dan hidang untuk dia. Kalau asyik jaga badan dan muka je, anak-anak aku tak kenyang," tulisnya lagi. Menurut lelaki itu, isterinya tidak gemar memasak sebaliknya lebih suka menjaga penampilan. Gambar hiasan. Tambahnya lagi, dia langsung tidak berkira dengan isteri malah menerimanya seadanya. Namun dek kerana sikap isterinya itu, lelaki ini juga mendedahkan pernah terlintas untuk berpisah. "Serius aku malu.... selalu banding kan aku dengan orang lain, nak aku jadi begitu, jadi begini tapi pernah tak dia terfikir aku juga nak isteri yang macam orang lain. "Tapi aku terima dia seadanya. Kalau tak kenangkan anak-anak, tak kenangkan cerai berai tu banyak pihak yang kena tanggung akibat.... dah lama dah. Aku harap isteri aku baca apa yang aku luahkan," ujarnya lagi. Disebabkan tidak tahan, lelaki berkenaan mengakui pernah terlintas untuk berpisah namun membatalkan hasrat tersebut demi masa depan anak-anak. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 634 shares dan dibanjiri ribuan komen netizen. "Memang ada perempuan macam ni. Pernah nampak dan ada kawan FB macam ni juga. Semua benda nak tayang dan bagitau dekat FB... malu pula tengok," komen seorang netizen. "Sebagai ketua keluarga, kau mesti berani tegur bini kau, dia baran mcm mana pun, kau kena guna kuasa suami dan kejantanan kau tu," komen netizen lain. "Nampaknya kat sini tuan yang silap didik isteri. Terlalu dibagi muka," komen seorang lagi netizen lain. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!