APABILA mengenangkan segala kisah menakutkan yang pernah diceritakan kepada kita selama ini, kebanyakannya pasti berlaku pada waktu malam. Malah, jarang sekali kita dihidangkan dengan cerita seram yang berlaku pada waktu siang. Di laman Facebook Kami Suri Rumah, seorang wanita tampil berkongsi kejadian aneh yang menimpa dia dan anaknya yang mana ia berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah taman yang tidak didedahkan lokasinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Cepat dia jalan” - Siapa nenek jalan bongkok tepi air terjun? Ibu tiba-tiba pengsan ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu” Menurut Nurul Ajriya, dia pada waktu itu membawa anak lelakinya bermain buaian di sebuah taman sebelum menyedari alat permainan itu bergerak dengan sendiri. "Bawa anak main buaian kat taman jam 11 pagi. Tengah main buaian dengan anak, tetiba anak ada tegur 'kawan' sebelah. Aduhai, tengok tak ada sesiapa pun. "Tiba-tiba buaian tu bergerak sama. Lama jugalah dia teman main buaian sekali. "Kalau korang cabut lari tak? Nasib baik siang hari, ada orang kat pondok depan. Tak ada terasa takut sangat. Sebahagian paparan skrin rakaman itu. "Risau kalau cabut lari, dia ikut lari balik rumah sekali pula. Tak ke haru kalau dia ikut balik rumah," ujar wanita itu. Tambahnya lagi, dia juga menyedari wujud bayang-bayang entiti misteri itu yang seolah-olah sedang menghayun buaian bersebelahan. Dikongsi pada Jumaat, video itu turut mengundang perhatian pengikut Facebook itu. Tengah main buaian dengan anak, tetiba anak ada tegur 'kawan' sebelah. NURUL AJRIYA Malah, rata-ratanya mengakui seram dan meremang bulu roma apabila menonton rakaman berkenaan. Menurut seorang pelayar Facebook, Marzuhaila Abdullah Lela, bukanlah satu perkara aneh apabila kejadian sedemikian berlaku pada waktu siang. "Waktu matahari nak naik memang benda macam tu ada. Bukan nak masuk Maghrib je. Orang tua-tua memang pesan waktu macam tu memang biasanya ada benda-benda tu. Antara komen netizen di Facebook. Antara komen lain termasuklah memberi cadangan agar wanita itu membuka alunan ayat suci al-Quran bagi menghalang gangguan berkenaan. "Dah nak ke tengah hari memang time dia la. Mak pun pesan atas nak ke 11 sampai ke Zohor waktu lalu lalang dia. "Seram. InsyaAllah kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita. "Depan rumah saya taman mainan. Pernah saya ternampak kuda spring kat taman bergerak sendiri, masa tu tak ada budak pun main kat situ. "Ya Allah beraninya sis duk record sebelah je," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Katanya buaian bergerak sendiri kat taman. #mstaronline #mstar15tahun #mstarMoi (Kredit: FB Nurul Ajriya) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 29, 2020 at 9:48pm PDT