SEORANG gadis cantik dikecam teruk oleh netizen apabila mahu berkongsi mengenai produk yang digunakannya sehingga mengakibatkan wajahnya kelihatan buruk berjerawat. "100 RT (retweet/ulang kicau), aku beritahu aku pakai apa sampai muka boleh breakout (jerawat) teruk," tulisnya di laman Twitter. Selepas meraih 100 RT, gadis itu mendedahkan 'rahsia' seperti yang dijanjikan, tetapi sebaliknya dia berkongsi tentang aplikasi filter 'jerawat' yang boleh membuatkan wajah seseorang dilihat seolah-olah mengalami masalah kulit. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri - "Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie" ARTIKEL BERKAITAN: Ejek rakan mata juling, pelajar lelaki hampir menangis dimalukan awek dalam kelas - "Baru dia tahu macam mana rasa malu" Menerusi ruangan bebenang, segelintir netizen yang benar-benar mengalami masalah kulit meluahkan kekecewaan mereka kerana perkara tersebut dijadikan sebagai bahan lawak. Perkongsian Wani mengenai produk yang kononnya mengakibatkan wajahnya menjadi perhatian. Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nurul Alwani Johan menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak pernah mengalami sebarang masalah kulit pada wajah. Remaja berusia 18 tahun itu turut mengakui filter yang dikongsikannya di laman sosial itu sekadar gurauan tanpa merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kulit pada wajah. "Pada mulanya saya cuma bergurau, tapi tak sangka tweet saya tu menjadi perhatian. Mula-mula ada yang berasa kelakar dengan gurauan tersebut sebelum menerima banyak kecaman. "Tapi gurauan saya pakai filter jerawat itu tidak ditujukan kepada sesiapa apatah lagi bertujuan membuat face shaming pada orang lain. Gambar yang saya kongsikan dengan filter jerawat itu adalah wajah saya sendiri," katanya kepada mStar. Pendedahan Wani mengenai filter 'jerawat' yang digunakan pada gambarnya. Lebih mesra dengan panggilan Wani, dia turut memberithu tiada niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama mereka yang mengalami masalah kulit. "Saya tak tujukan pada siapa-siapa. Sudahnya saya sendiri kena face shaming, sampai ada yang kata muka saya buruklah, tak cantiklah. "Tapi saya memahami mereka yang berkongsi pengalaman struggle ada masalah kulit dengan mencuba pelbagai cara dan jenis produk tapi masih tiada perubahan," ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Wani menjelaskan dirinya tidak pernah mengalami masalah jerawat. Sehubungan itu, Wani yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu memohon maaf sekiranya gurauan filter jerawatnya itu menimbulkan salah faham. "Saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan tweet saya. Tapi jujurnya tiada niat saya untuk menghina sesiapa pun yang mengalami masalah kulit wajah. Yang doakan saya yang buruk-buruk tu, biarlah mereka. Tidak perlulah saya doakan yang tidak baik pula. NURUL ALWANI JOHAN "Minta maaf kalau gurauan ini membuatkan anda rasa insecure dan tak yakin. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi," tambahnya. Gadis yang bakal menyambung pengajian Diploma Perbankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau di Negeri Sembilan pada Oktober depan itu bagaimanapun tidak melatah dengan kenyataan segelintir netizen yang mendoakan agar wajahnya menjadi buruk dan mengalami masalah kulit. Wani berharap mereka yang mengalami masalah kulit wajah agar segera sembuh. "Yang doakan saya yang buruk-buruk tu, biarlah mereka. Tidak perlulah saya doakan yang tidak baik pula tentang mereka. "Seperti yang saya katakan di Twitter, saya mendoakan mereka yang mengalami masalah kulit muka agar kulit mereka licin dan bersih tanpa jerawat," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!