suria

Gadis Malaysia curi perhatian ramai selepas cuba nasib buat video animasi di TikTok untuk MV Dua Lipa - “Semoga ada harapan”

dua1

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Begitulah kisah seorang gadis dari Selayang, Selangor yang mencuba nasib menerusi satu pertandingan di TikTok, anjuran penyanyi antarabangsa popular, Dua Lipa.

Menurut Zati Syazwina Mohd Jamil, 23, jika bernasib baik, karya animasi yang dihasilkannya bakal dipaparkan dalam muzik video (MV) terbaharu penyanyi itu yang berjudul Levitating.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Videographer sanggup ‘tebal muka’ dekati lelaki tak dikenali di Bukit Bintang, aksi 10 minit je... hasil video, wow luar biasa!

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zati meletakkan harapan yang tinggi agar karyanya terpilih memandangkan dia sudah meminati penyanyi itu sejak tahun 2017.

"Dua Lipa ada umumkan, dia mahu para peminat menjadi sebahagian paparan dalam MV lagu Levitating yang akan dihasilkan tak lama lagi.

Zati (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya sewaktu menghadiri konsert Dua Lipa pada tahun 2018.

"Dibuat menerusi TikTok, dia kata tak kisah sama ada video mekap, tarian mahupun animasi. Saya pula pernah buat digital art sejak 2011, jadi ada sedikit basic. Tapi semuanya saya belajar sendiri.

"Jadi saya buat animasi pendek tu dengan inspirasi dari lirik lagu berkenaan. Saya buat dalam masa empat hari dan sekarang boleh ditonton di TikTok dan Twitter saya," ujarnya.

Rasa terharu juga dengan reaksi positif, bukan hanya orang Malaysia tapi rakan-rakan peminat dari negara luar.

ZATI SYAZWINA MOHD JAMIL

Menurut graduan Universiti Liverpool John Moores dalam bidang Seni Bina itu, dia mengakui terharu dengan sokongan yang diterima oleh individu dari pelbagai negara menerusi media sosial.

Tambahnya, ia juga seolah-olah mimpi jadi realiti sekiranya animasi yang dihasilkan akan terpilih untuk dipaparkan dalam buah tangan terbaharu penyanyi itu untuk peminat-peminatnya.

Proses penghasilan animasi itu.

"Semoga ada harapan (terpilih). Rasa terharu juga dengan reaksi positif, bukan hanya orang Malaysia tapi rakan-rakan peminat dari negara luar.

"Saya minat Dua Lipa sebab dia cantik. Kening kami juga sama-sama tebal. Saya sebenarnya pernah hadir ke konsert Dua Lipa di Manchester pada tahun 2018.

Zati mula meminati Dua Lipa sejak tahun 2017.

"Saya sepatutnya sekali lagi ke konsert Dua Lipa tahun ini, tapi konsert pada bulan Jun tu dah ditangguhkan akibat Covid-19 sehingga ke tahun depan. Saya pun dah balik ke Malaysia sejak Mac lalu," ujarnya lagi.

Selain TikTok, video animasi yang dihasilkan Zati turut dikongsi di Twitter sehingga ia mengundang perhatian ramai.

Dua Lipa melancarkan album baharu, Future Nostalgia pada Mac lalu.

Malah, ramai yang memberi kata-kata semangat dan meluahkan hasrat untuk melihat karyanya dipaparkan dalam muzik video Dua Lipa untuk lagu Levitating.

Untuk rekod, lagu berkenaan dilancarkan menerusi album terbaharu Dua Lipa berjudul Future Nostalgia pada 27 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain