"HATI bagaikan ditusuk." Begitulah luahan seorang gadis apabila mendakwa sering diperlekehkan oleh teman lelakinya. Menurut gadis yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia juga sering menjadi mangsa perbandingan memandangkan rupa parasnya biasa-biasa sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji ARTIKEL BERKAITAN: “Baju biru tu handsome” - Puji bukan nak menggatal! Gadis hairan niat disalah tafsir sampai kena face shaming!... siapa sangka dia aktif kerja kebajikan "Teman lelaki cakap saya tak cantik. Rasa macam kena tusuk je hati ni. "Saya sedar dia memang kacak, kesian teman lelaki saya dapat kekasih buruk macam saya," luah gadis itu. Ujarnya lagi, hal itu pastinya tidak menjadi masalah sekiranya dia mempunyai wang untuk mencantikkan diri. Gadis itu berkata dia sering diperlekehkan teman lelakinya sejak awal percintaan lagi. (Gambar Hiasan) Lebih teruk, keadaan giginya juga sering dijadikan bahan rungutan lelaki itu. "Tapi kalau saya ni kaya, macam-macam dah saya buat untuk jadi cantik. "Masa awal-awal saya dengan dia dulu pun dia cakap bekas teman wanitanya lagi cantik dari saya. Apa patut saya rasa? Kesian teman lelaki saya dapat kekasih buruk macam saya. TEMAN WANITA MALANG "Sedih diperlekeh dengan teman lelaki sendiri. Selalu kena perli dengan dia sebab gigi saya ada jarak tengah," ujarnya lagi. Luahan hati gadis itu dikongsi menerusi Twitter @hanifjamals dan turut menarik perhatian netizen. Menurut pelayar Twitter, gadis itu tidak patut meneruskan hubungan tersebut yang disifatkan tidak matang dan toksik. Antara komen di Twitter. Malah, ada yang memberikan nasihat agar dia berhenti membuka ruang untuk dipijak-pijak dan diperlekeh lelaki seperti itu. "Kau tinggal je dia. Lepas tu kau fokus hidup kau. Belajar tinggi mana kau mampu dan dapatkan kerjaya bagus. Banyak duit pergi la klinik aesthetic buat apa yang patut. Sayangi diri sendiri dulu. "Selain kena jadi bijak, kita jugak kena sayang diri sendiri. Sangguplah orang pijak-pijak kita, buat kita down sejak awal-awal bercinta. "Belum ada ikatan sah buat apa menggelabah bagai. Banyak lagi kat luar sana yang boleh menghargai anda," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!