BAGI kebanyakan wanita, barang kemas bukan sekadar menjadi perhiasan pada tubuh badan malah ia turut dianggap sebagai status kekayaan. Selain itu, ia turut disifatkan sebagai pelaburan bijak untuk jangka masa panjang memandangkan harganya yang sukar untuk susut. Jika berada dalam keadaan terdesak, ia juga boleh digadai sekali gus membantu pemilik untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan. ARTIKEL BERKAITAN: Virus Covid-19 boleh tahan 9 hari pada barang kemas? Ini penjelasan Dr Sakinah! - “Kalau suami minta tanggal rantai kena tanya sebabnya...” ARTIKEL BERKAITAN: Barang kemas Rosmah boleh dirampas jika tak diisytihar Terhaharu, satu posting di laman Facebook Borneo yang memaparkan foto gelang emas besar cukup mencuri perhatian ramai. "Subur tanaman admin," tulis pengendali Facebook itu ringkas bersama enam keping foto. Ia memaparkan tangan seorang wanita yang memakai gelang emas sedang memeriksa tanaman kacang buncis. Selain menjadi perhiasan diri, emas juga merupakan pelaburan yang bagus untuk masa depan. Biarpun kelihatan seolah-olah sedang memeriksa tanaman, ramai netizen beranggapan tuan badan sebenarnya mahu menunjuk gelang emas yang dipakai. Selain berseloroh mengenai gelang berkenaan, ramai juga yang turut memberi nasihat mengenai risiko keselamatan, risau pemilik yang memakai barang kemas menjadi mangsa ragut dan sebagainya. "Kalau macam tu saya juga nak tanam kacang buncis. Manalah tahu kan bling-bling buah dia keluar nanti. Rezeki masing-masing. Siapa suruh kamu tak mahu beli sendiri. Tapi kalau tak minat pakai emas, diam-diam. NETIZEN "Ini tunjuk gelang je. Nampak sangat cara pegang kacang tu. "Jangan ralit sangat. Takut ada orang pergi cantas. "Mak aii suburnya buah kacang tu. Nak juga tanam sayur kuning tu. "Tunjuk kacangkah tunjuk gelang? Jangan riyak Allah tak suka. Lagi foto-foto yang dikongsi di Facebook. "Rezeki masing-masing. Siapa suruh kamu tak mahu beli sendiri. Tapi kalau tak minat pakai emas, diam-diam. Orang yang suka emas je yang faham. Pelaburan baik tu bosku. "Ini memang nak tunjuk gelang besar dia," tulis beberapa netizen. Sehingga kini, posting itu menerima hampir 2,000 tanda suka (likes) di Facebook dan dihujani ratusan komen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!