PEMBANTU rumah macam hantu! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perwatakan seorang pembantu rumah wanita warganegara Indonesia yang melarikan diri bersama barangan berharga milik majikannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat Dinda!” - Bibik balik Indonesia, majikan dan anak ‘sakit’ tahan rindu... tak mampu pandang wajah mereka dalam video call ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih bibik Lia! Nota dan doa buat anak majikan tersentuh, “Harap dia bersama keluarga saya lebih lama” "Salam, mintak tolong. Bibik saya telah larikan diri pada pukul 4.30pm tadi (Ahad). Meninggalkan baby saya berusia 12 bulan seorang di rumah. "Dia melarikan cash dalam RM700 hingga RM800. Rantai kahwin saya, handbag-handbag saya, beberapa set Pandora, luggage okidoki dan diapers bag berjenama terminus," tulis perkongsian seorang wanita di Facebook, meminta orang ramai membantunya menjejaki bekas pembantu rumahnya itu. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 5,100 shares selain dihujani ratusan komen netizen. Posting yang dimuat naik oleh Lyz Zainol meraih melebihi 5,000 perkongsian. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lyz Zainol berkata, dia tiada di rumah ketika wanita tersebut melarikan diri. "Ketika itu lingkungan pukul 3.30 petang Ahad baru-baru ini, saya keluar sebentar menghantar adik pulang dan kemudian ada membeli barang keperluan. "Setibanya di rumah pada pukul 6 petang, saya lihat gril terbuka tapi tak terfikir apa-apa lagi. Buka sahaja pintu, saya nampak anak bongsu yang berusia 12 bulan tertidur dalam keadaan terlentok di dalam walker! "Walker itu diikatkan tali supaya tidak bergerak. Barulah saya tahu pembantu rumah saya sudah melarikan diri. Sampainya hati dia tinggalkan anak saya seorang diri. Selepas posting itu viral, ramai yang hubungi saya... rupa-rupanya ada empat majikan yang sudah 'terkena'. Modus operandinya sama. LYZ ZAINOL MAJIKAN "Hingga kini saya tak boleh lupakan muka anak saya yang tertidur dengan cara sedemikian. Entah berapa lama dia meraung seorang diri," cerita wanita berusia 35 tahun ini. Pembantu rumah berusia 29 tahun itu tidak melarikan diri dengan 'tangan kosong' sebaliknya turut mencuri beberapa barangan berharga milik Lyz seperti barang kemas, wang tunai dan beg tangan berjenama. "Sebenarnya dia baru berkerja seminggu. Daripada penelitian saya sepanjang seminggu ini, kerjanya bagus. Malah bayi saya serasi dengannya, sebab itu saya berani tinggalkan anak saya sebentar bersamanya. "Tapi rupanya diam-diam dia ada tujuan lain. Tak sangka begini balasannya selepas apa yang saya dah lakukan untuknya. Saya tak pernah berkira bab makanan, pakaiannya pun saya belikan. Tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar seorang pelayar mengakui dia juga pernah menjadi mangsa pembantu rumah yang sama. "Malah saya juga transfer wang gaji pendahuluan kerana dia dakwa anaknya sakit di kampung. Kalau dicampur kos ejen pembantu rumah dan sebagainya, saya kerugian lebih RM30,000," ujar ibu kepada dua anak ini. Bercerita lebih lanjut, Lyz berkata dia sudah menghubungi ejen yang berkenaan untuk membuat aduan namun jawapan yang diterima sungguh menghampakan. "Ejen itu menyalahkan saya pula... mereka enggan gantikan wang yang telah saya laburkan tapi nak ganti dengan maid lain. Memang saya tak mahulah, sebab dia dah beri saya maid yang bermasalah," katanya lagi. Sudah membuat laporan polis, Lyz berkata dia mengambil pendekatan untuk membuat hebahan di Facebook kerana mahu bersemuka dengan pembantu rumah berkenaan. "Selepas posting itu viral, ramai yang hubungi saya... rupa-rupanya ada empat majikan yang sudah 'terkena'. Modus operandinya sama. Antara komen kenalan dan netizen yang memberikan kata-kata semangat buat Lyz. "Malah, pemandu e-hailing yang menumpangkan wanita tersebut juga ada hubungi saya dan beritahu serba sedikit maklumat. Kalau dapat jumpa, saya nak tanya apa masalah dia dan kenapa dia buat keluarga saya macam ni. "Sekarang ni saya hanya serahkan kepada pihak polis," ujarnya yang menetap di Johor Bahru, Johor. Masih trauma dengan insiden pahit itu, Lyz dalam masa yang sama turut menitipkan pesanan untuk orang lain khususnya keluarga yang berhasrat mahu mengambil pembantu rumah. "Buatlah pemeriksaan latar belakang terlebih dahulu. Dalam kes saya, saya sebenarnya terdesak untuk ambil pembantu rumah kerana kurang sihat kebelakangan ini, suami pula kerja di Singapura. Biasanya, sayalah orang yang paling teliti. "Jadi kepada orang di luar sana, terdesak macam mana sekalipun, buatlah pemeriksaan latar belakang sebelum mengambil pembantu rumah," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!