suria

Doktor pulang dengan rasa menyesal selepas kejadian di wad bayi, tersentak dapat pesanan padu nurse senior pertama kali azankan baby tak berbapa

Dr Redza berkongsi kisahnya yang beberapa kali diminta untuk mengazankan bayi tanpa bapa di hospital.

"CUAINYA saya..."

Demikian luah seorang doktor mengenangkan peristiwa yang berlaku tidak lama dahulu apabila dia diminta mengazankan seorang bayi yang baru dilahirkan.

Berkongsi cerita menerusi satu coretan di Facebook, Dr Redza Zainol yang mengimbas peristiwa itu berkata, seorang jururawat meminta pertolongannya memandangkan tiada doktor lelaki lain yang bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor akui bisa tebuan bukan calang-calang, tapi banyak sebenarnya cara elak diri ‘diserang’ - “Patutlah ada peribahasa jangan dijolok sarang tebuan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika tak mampu selamatkan, panjang cerita” - Doktor kongsi kisah bayi dibawa ke zon merah tak bernafas, puncanya terbongkar gara-gara kesilapan ibu

"Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi. Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang.

"Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius. Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.

"Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah. Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu," tulisnya yang juga seorang doktor pakar kanak-kanak.



Sebahagian perkongsian Dr Redza di Facebook beliau.

Menganggap kejadian itu sebagai satu 'kecuaian' telah membuatkan dirinya dihantui rasa bersalah sehingga berhari-hari, malah masih membelengguinya sehingga hari ini.

"Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya 'Mana ayahnya kak?'

"Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya, balas kak Ani," ceritanya lagi mengimbas peristiwa yang hampir sama.

Selesai mengazankan dan meletakkan kembali bayi berkenaan di tempatnya, Dr Redza tidak semena-mena dipanggil oleh jururawat senior yang dipanggilnya Kak Ani itu.

Rupa-rupanya, jururawat wanita berkenaan menyampaikan pesanan 'padu' yang membuatkannya benar-benar terkesan.



Bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak perempuan agar tidak terjerumus dalam pergaulan bebas yang dikhuatiri akan menjadi mangsa lelaki rakus. Gambar hiasan

Menyenaraikan 10 pesanan yang diberikan Kak Ani yang menyentuh mengenai peranan bapa terhadap anak-anak, Dr Redza berkata pesanan terakhir wanita tersebut membuatkan dirinya benar-benar tersentak!

"Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.

"Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.

"Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.

"Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita," katanya.

Posting tersebut sehingga kini meraih melebihi 3,000 perkongsian.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain