NAMA Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang sememangnya tidak asing lagi di laman Facebook. Lelaki berbangsa Cina ini aktif memuat naik aktiviti kebajikan yang dilakukannya serta hebahan maklumat bagi mendapatkan dana sumbangan orang ramai demi membantu mereka yang memerlukan. Bukan orang kenamaan mahupun wakil rakyat, namun Uncle Kentang aktif turun padang malah dia tidak kekok memandu sendiri van jenazah yang dibeli hasil sumbangan orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira agama, Uncle Kentang bantu urus kebumi jenazah menjelang 1 Syawal termasuk bayi 5 bulan dah 14 hari meninggal dunia! Ramai doakan dapat hidayah ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berbulan ditahan di rumah mayat, akhirnya usaha nak ‘lepas’ jenazah ke Bangladesh selesai dalam beberapa jam Ramai yang kagum dengan sikap dan keprihatinan lelaki ini, apatah lagi dia sukarela tampil membantu mempermudahkan urusan pengkebumian jenazah umat Islam. Sikap dan pendiriannya itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan lelaki ini begitu prihatin sekiranya membabitkan urusan kematian orang yang berbeza agama dengannya. Menerusi satu perkongsian, Uncle Kentang membuka cerita di sebalik apa yang dilakukannya selama ini. Uncle Kentang menyimpan kisah sedih mengenai kematian bapanya berpuluh tahun dahulu. "Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenazah? Kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda. Pukul 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu... di tutup oleh tikar mengkuang. "Kami tak mampu urus beliau. Masa itu saya baru lepas SPM. Nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh, Mr Fong sebanyak RM2,500," tulisnya. Lebih pilu, urusan pengkebumian mendiang bapanya tidak dihadiri ramai orang kerana mereka bimbang keluarganya mahu menagih simpati dengan meminta wang. Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan van jenazah? Kerana semasa ayah saya mati, kami tak mampu beli keranda. Pukul 3 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang, bangku kayu... di tutup oleh tikar mengkuang. UNCLE KENTANG "Masa ayah saya nak dikebumikan, ramai tak hadir sebabnya takut kami minta duit. Hari ini anak dia Ah Kuan akan tampil ketika kamu tiada duit. "Saya fikir ayah akan tersenyum kerana anak dia faham akan situasi seperti itu. Ramai yang lari, yang hilang entah ke mana... dan hari ini kita tampil membantu kerana kita pernah laluinya," kata lelaki ini lagi. Uncle Kentang juga merungkai tanda tanya orang ramai mengapa dia memilih untuk menyediakan kenderaan untuk jenazIslam dan bukannya untuk bangsa lain. Van jenazah dibeli menggunakan wang hasil sumbangan orang ramai. "Mengapa saya tak beli van mayat untuk bukan Islam? Tak perlu... kerana saya tak akan boros, kerana banyak group Cina buat bisnes mayat dan India pun ramai buat (bisnes) van mayat. "Dari Mercedes hingga ke Velfire hingga ke van mewah... siap nombor cantik 8888,6868,118, 668... jadi kita leverage pada mereka ini. "Kita hanya jadi pemandu van jenazah, urusan mandi dan pengkebumian kita serahkan kepada team kebajikan urus jenazah. Kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita. Episod sedih ayah saya tak mahu diulangi lagilah. Uncle Kentang menjadi antara orang yang terkedepan menghulurkan bantuan buat golongan yang kurang berkemampuan. "Lagi pun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian, dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing masing," katanya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 950 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang memuji dan mengkagumi keperibadiannya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!