suria

Dah mengembara merata, lelaki ini tak sangka dipertemukan dengan ‘homestay, tuan rumah dari neraka’ - “Dia pula yang reviu teruk tentang saya”

(kiri) Lantai berhabuk di bahagian dapur. (kanan) Comforter kotor berhabuk dan berkutu. Foto Twitter BangBadut_

PERCUTIAN sebuah keluarga ibarat mimpi ngeri apabila penginapan yang ditempah mereka menerusi aplikasi homestay popular hanyalah sekadar indah khabar dari rupa.

Kekecewaan itu disuarakan oleh seorang pemuda menerusi akaun Twitternya, @BangBadut_ dengan postingnya diulang kicau lebih 6,000 kali.

"... dari neraka," tulisnya sebagai gambaran merujuk kepada penginapan yang didiaminya selama dua hari satu malam bersama keluarga di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hotel horror! Dah 10 malam bilik belum kemas, berlambak sisa makanan, rambut... cadar pun kena pasang sendiri - "Check out awal, caj RM1,000 tak dikembalikan"

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang 'complain', ramai lagi nak sewa homestay tak ada dinding! "Walau belum siap, ramai dah booking biliknya"

Bercakap kepada mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzuan memberitahu, dia bersama lapan ahli keluarganya menginap di sebuah rumah teres di Kuantan pada 30 dan 31 Ogos lalu.



Tapak kaki yang hitam selepas berjalan kaki dari pintu masuk rumah ke bilik tidur.

Anak muda berusia 27 itu berkata, menerusi tempahan di aplikasi popular, dia memilih penginapan itu bagi memuatkan seluruh keluarganya selain berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong di Teluk Cempedak.

"Saya tak nak penginapan yang mewah pun, asalkan selesa untuk tidur. Dengan harga lebih RM700 untuk satu malam, saya meletakkan expectation untuk selesa didiami.

"Tapi baru melangkah masuk rumah tu dah mengecewakan. Dari pintu masuk saya buka selipar dan berjalan kaki ke bilik, tengok kaki dah hitam berhabuk," katanya sambil menambah tempahan dibuat saat akhir menyebabkan kebanyakan penginapan sudah penuh.



Bilik mandi yang tidak terurus berserta kain batik yang tidak diketahui pemiliknya.

Ridzuan berkata, keadaan lantai paling teruk adalah di dapur di rumah empat bilik itu yang jelas berhabuk tanpa dibersihkan.

"Keadaan dalam bilik juga tidak begitu bersih. Sampai ada comforter yang kotor berhabuk dan berkutu. Kalau baring atas tu, confirm badan akan gatal-gatal.

"Saya terpaksa beli dua comforter baru untuk mak ayah dan saya gunakan di bilik. Manakala adik-beradik lain pula tarik tilam letak di ruang tamu dan tidur beramai-ramai dengan beralaskan kain yang dibawa masing-masing," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.



Keadaan lantai sama ada berhabuk atau mempunyai kesan kotoran.

Selain itu, pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu menjelaskan tandas di rumah berkenaan juga tidak bersih, malah salah satu daripadanya terdapat sehelai kain sarung batik tergantung.

"Kami sampai kat rumah tu memang dah ada, bilik air dah la tak bersih lepas tu ada kain batik entah siapa punya. Lipas memang ada.

"Kalau keadaan bilik air macam ni, tak ada selera nak berak," ujarnya sambil menambah bilik tidur dipenuhi sawang di siling selain lantai terdapat kesan kotoran.



Reviu daripada salah seorang pelanggan yang pernah menginap di homestay yang sama.

Namun katanya, paling yang menghilangkan mood adalah TV dan dekoder Astro di ruang tamu tidak dapat berfungsi dan hanya satu alat kawalan jauh untuk semua penyaman udara di rumah tersebut, tanpa disediakan bateri.

"Bila saya call orang yang in charge rumah tu dan lapor pasal TV dan dekoder Astro tidak berfungsi. Orang tu minta saya yang call Astro untuk baiki semua tu.

Rumah kotor macam reban, lepas tu kata kami yang kotorkan pula

RIDZUAN

"Sekarang ni, itu rumah siapa sebenarnya? Saya yang host ke dia yang host? Bila saya mengadu, dia siap block nombor saya di WhatsApp, itu paling tak boleh diterima," katanya.

Ridzuan yang bekerja sendiri menjelaskan dia pada mulanya tidak mahu membuat reviu atau aduan mengenai keadaan penginapan tersebut sehingga dia menerima maklum balas daripada penyedia perkhidmatan berkenaan pada Isnin.



Wakil tuan rumah tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku.

"Pihak tuan rumah pula yang reviu teruk tentang saya kerana membiarkan keadaan rumah begitu kotor. Rumah kotor macam reban, lepas tu kata kami yang kotorkan pula.

"Ini yang paling saya marah sebab pada awalnya saya tak mahu buat aduan. Saya tak mahu tutup periuk nasi dia, tapi sekarang lain pula jadinya.

"Saya dah banyak kali tinggal di homestay kerana travel sana sini sebab kerja. Tapi inilah homestay paling teruk saya pernah tinggal. Selepas ini saya memang tak akan bertolak ansur kalau penginapan teruk atau kotor," katanya sambil menambah telah membuat aduan berhubung kejadian kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
homestay, reviu, teruk, kotor, Kuantan, tuan rumah, neraka,

Artikel Lain