suria

Patut dah check-in... plan 4 sekawan nak rai bakal pengantin punah akibat scam promosi resort, hanya tahu hal sebenar 2 hari sebelum bercuti - “Haram tetap haram”

Empat sekawan menjadi mangsa penipuan seorang individu yang menawarkan pakej promosi daripada sebuah resort terkenal di Port Dickson.

DEMI wang, manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu.

Terbaharu, kecoh di Twitter mengenai penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang berperanan menjadi orang tengah atau ejen sebuah resort terkenal.

Modus operandinya, mereka mengwar-warkan pakej promosi yang kononnya ditawarkan oleh resort terkenal di Port Dickson, Negeri Sembilan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pernah lihat dia pandu kereta” - Siang makcik jual tisu di Tesco, berlakon jadi orang susah... malam pergi karaoke!

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat dah scam kat situ” - Sedang cakap telefon dengan scammer... sedar-sedar duit dalam bank dah lesap, polis pun pelik!

Siapa yang tidak teruja, tambahan pula ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan merehatkan minda selepas sedikit kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan lalu.

Tidak terkecuali, seorang pelajar ini yang tidak menyangka menjadi salah seorang mangsa scam berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Fatin Sabrina berkata dia hanya mengetahui perkara sebenar selepas menghubungi resort berkenaan pada Sabtu.



Fatin membuat perkongsian mengenai penipuan tersebut menerusi satu bebenang di Twitter.

"Saya mula nampak pakej promosi resort berkenaan di Twitter. Ketika itu bulan Jun. Jadi saya rancang nak pergi dengan beberapa rakan, dan mahu tempah pakej itu untuk bulan September.

"Kononnya nak raikan seorang rakan kami yang akan mendirikan rumah tangga pada Oktober. Apabila saya approach individu tersebut, dia melayan dan membalas Whatsapp secara profesional.



Tangkap layar (screenshot) dengan individu yang kononnya agen resort tersebut.

"Individu itu kata, promosi akan berakhir pada hujung bulan Jun. Disebabkan takut terlepas, kami pun buat pembayaran pada 1 Julai. Harganya RM 599 untuk tiga hari dua malam," kata pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini.

Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran penuh, individu berkenaan mengambil pendekatan 'berdiam diri' dan langsung tidak membalas sebarang mesej yang dihantar.

"Saya nak tanya nombor tempahan tapi langsung tak dapat sebarang balasan. Panggilan juga tak dijawab. Sebulan juga dia senyap.

"Namun ada sekali tu saya mesej untuk tukar tarikh kepada 14,15 dan 16 September, dia kemudian membalas mesej tersebut dan memaklumkan ia boleh diuruskan. Tapi nombor tempahan tak dapat juga, dia hanya beri resit," kata penuntut dalam jurusan teknologi pengurusan ini.

Memang terkilan, marah, kecewa semuanya bercampur-baur. Walaupun ada yang lihat jumlahnya kecil, tapi bagi kami sebagai pelajar, tentu sekali kena berjimat semata-mata nak mengumpul wang untuk bercuti.

FATIN SABRINA

MANGSA

Disebabkan masih belum menerima sebarang hitam putih sedangkan hanya berbaki dua hari sahaja sebelum tarikh percutian, Fatin Sabrina berkata dia dan rakan mengambil inisiatif untuk menghubungi sendiri resort berkenaan, Sabtu lalu.

"Patutnya 14 September kami bercuti di resort tu. Tapi masih belum dapat respons, kami call sendiri resort tu dan memang mengejutkan, mereka beritahu tak ada langsung promosi seperti yang diwar-warkan tu.



Individu berkenaan tidak membalas sebarang mesej selepas pembayaran dilakukan.

"Memang terkilan, marah, kecewa semuanya bercampur-baur. Walaupun ada yang lihat jumlahnya kecil, tapi bagi kami sebagai pelajar, tentu sekali kena berjimat semata-mata nak mengumpul wang untuk bercuti.

"Ada yang dah teruja beli baju dan buat persiapan sempena raikan rakan yang nak tamatkan zaman bujang, tapi semua perancangan dah tak jadi," ujarnya.



Fatin (belakang) dan rakannya, Nur Safrinna yang berurusan dengan individu yang mengaku sebagai agen resort berkenaan.

Membuat perkongsian di Twitter mengenai pengalaman pahit tersebut, Fatin Sabrina tidak menyangka rupa-rupanya ramai yang turut mendedahkan mereka juga antara yang menjadi mangsa.

"Saya buat bebenang untuk peringatan bersama supaya orang ramai berhati-hati supaya tak jadi mangsa macam kami.



Perkongsian pengalaman oleh seorang pelayar yang nyaris menjadi mangsa.

"Kesimpulannya, sebelum nak booking, pastikan teliti dahulu promosi yang ditawarkan... jangan tengok harga murah saja terus nak booking. Lebih elok tempah dari laman sesawang resort itu sendiri atau ejen yang sah. Itulah pengajaran yang kami dapat.

"Bagi mereka yang jadi scammers ni, ingatlah bahawa benda yang mereka lakukan itu haram. Tak tahulah sama ada mereka terdesak nak wang, tapi haram tetap haram," katanya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
scam, resort, promosi, bercuti, empat sekawan

Artikel Lain