suria

Lukisan darah haid? Rakyat Malaysia bingung perangai TikTokers luar negara - “Aku buka lepas tu tutup balik, rasa nak muntah ”

Tindakan TikTokers itu menggunakan darah haid sebagai cat lukisannya menerima kecaman ramai termasuklah netizen negara ini.

BAGI kaum hawa, sudah menjadi kebiasaan apabila mereka didatangi 'bendera merah' atau lebih mudah difahami sebagai darah haid pada setiap bulan.

Terbaharu, video TikTok yang dihasilkan seorang individu dari luar negara yang menggunakan darah haid sebagai cat dalam lukisannya menjadi tular.

Tanpa semena-mena, ia menjadi topik perbualan hangat rakyat Malaysia apabila video berkenaan dikongsi semula menerusi Twitter @InjangNation pada Selasa.

ARTIKEL BERKENAAN: Darah haid keluar 2 bulan tanpa henti, ‘Instafamous’ Aisyah Hijanah derita akibat sihir

ARTIKEL BERKENAAN: Bimbang alami menopaus awal? Ketahui tanda-tanda dan tip gaya hidup sihat menjangkau fasa putus haid

"Dengan durian geli sampai termuntah-muntah, dengan darah period dia bantai buat seni," tulis Injang yang cukup dikenali ramai dalam kalangan pelayar Twitter negara ini.

Malah, posting itu turut menerima lebih 8,200 ulang kicau (Retweet).

Dalam video berkenaan, TikTokers wanita itu menggunakan sebatang berus cat dan darah haid untuk menghasilkan lukisan kontroversi berkenaan.

Ujarnya lagi, kaedah itu mampu meningkatkan kesedaran ramai mengenai isu berkaitan haid wanita.

Tweet yang dikongsi Injang, disusuli dengan pelbagai komen oleh rakyat negara ini.

Tambahnya, penghasilan lukisan itu juga mampu mengubah stigma dan pandangan tabu kononnya darah haid merupakan sesuatu yang kotor.

Dalam pada itu, netizen Malaysia tampil dengan pelbagai pandangan mereka berhubung lukisan itu.

Malah, mereka turut bersetuju dengan kata-kata Injang berhubung sesetengah individu luar negara yang menganggap buah durian sebagai makanan dengan bau menjijikkan, namun langsung tidak geli menggunakan darah haid sebagai kaya seni.

Malah, ramai yang turut meninggalkan komen kecaman terhadap TikTokers itu yang disifatkan sebagai pelik dan keterlaluan.

Dengan durian geli sampai termuntah-muntah, dengan darah period dia bantai buat seni.

INJANG

"Syukur kita dilahirkan sebagai orang Islam yang banyak mengajar tentang kebersihan dan level-level najis.

"Alhamdulilah. Bersyukur sangat dilahirkan Islam dan diajar mana yang kotor mana yang bersih. Semoga aku terus bersyukur dengan rezeki Islam ini. Yang tidak-tidak aje lah depa ni.

"I blocked her on Tiktok sebab content dia semua pasal period blood. Bila orang bagitahu yang darah tu kotor dia tak boleh terima. Gila level apa entah dia ni

"Bayangkan dah siap hasil seni ni, dia main spirit of coin pulak. Berduyun-duyun hantu datang.

Dimuat naik di TikTok, video itu terus menjadi tular selepas dikongsi semula di Twitter.

"Aku buka lepas tu tutup balik. Auto rasa nak muntah tengok darah tu. Tak kan tak ada perasaan geli langsung? Tak boleh brain la aku.

"Nak muntah aku rasa, tak tengak habis pun," tulis beberapa netizen.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, darah haid dari segi istilah syarak ialah darah tabi’i yang keluar daripada pangkal rahim perempuan ketika badannya sihat dalam tempoh tertentu.

Di dalam mazhab al-Syafie, tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam manakala tempoh maksimum adalah selama 15 hari.

Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang keluar disebabkan oleh penyakit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Injang Nation, darah haid, lukisan, TikTok

Artikel Lain