suria

Wanita sentap... depan mata suami beri hadiah hari lahir buat adik, isteri sendiri dilupakan - “Kalau merajuk pun takkan dipujuk”

Seorang isteri terasa hati gara-gara suami melebihkan individu lain berbanding dirinya. Gambar hiasan

SETIAP suami ataupun isteri, pasti mereka mahu dihargai pasangan masing-masing.

Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga apabila mendapat sesuatu daripada pasangan terutama apabila tibanya hari-hari penting.

Ia ibarat simbolik bahawa pasangan mereka menghargai keberadaan masing-masing sepanjang perkongsian hidup bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tanya anak isteri makan ke tak” - Dah la tanggung suami si biawak hidup, menumpang rumah mentua pula tapi tak ngam

Namun tidak semuanya bertuah dikurniakan pasangan yang pandai menghargai dan mengambil hati, sebagaimana yang dilalui oleh wanita ini.

Menulis coretan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), wanita ini meluahkan rasa yang terbuku di hati apabila suaminya melebihkan individu lain berbanding dirinya selaku isteri.



Luahan seorang wanita yang makan hati dengan sikap suaminya.

"Birthday aku, tapi suami belikan hadiah untuk orang lain which is adik dia. Sesuatu yang harga lebih kurang RM800. Untuk aku? Tiada.

"Alhamdulillah, ada kek dan makan-makan dengan keluarga mentua.

Sebenarnya, aku tak kisah pun tak dapat hadiah, dua tahun sebelum ni pun takde. Sebab aku faham ekonomi keluarga kami macam mana. Menunggu gaji masuk," tulisnya pada perkongsian tersebut.



Kebanyakan isteri gembira jika suami menghadiahkan mereka barangan kemas. Gambar hiasan.

Bagaimanapun, apa yang mengguris hatinya adalah apabila si suami langsung tidak berbincang mahupun memaklumkan perkara tersebut kepada dirinya terlebih dahulu.

"Cuma itulah, suami belikan hadiah tu tanpa pengetahuan aku. Tak tanya pendapat atau bincang. Tau-tau dah dapat hadiah tu. Bukan birthday pun, ni hadiah saja-saja bagi," tulisnya.

Tambah wanita itu lagi, si suami bukan sahaja langsung tidak pandai memujuk hatinya bahkan lelaki itu pula yang 'tersentap' selepas ditanya mengenai hadiah yang sepatutnya diberikan buat isteri sendiri.

Memang pun terasa. Menunggu gaji masuk hujung bulan. Cukup-cukup je tu. Tapi hadiah untuk adik sampai RM800. Memang terasa.

NETIZEN

"Tak banyak sikit aku still terasa hati. Walaupun aku bersyukur suami baik serba serbi.

"Ni aku saja bergurau, hadiah mana? Tapi dibalas, ingatkan dah cukup segalanya? Dan dia yang merajuk. Dan aku tahu, kalau aku merajuk pun aku takkan dipujuk. Heal sendiri," tulisnya lagi sambil meminta pandangan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dengan segelintir daripadanya turut berkongsi pengalaman seperti mana yang dialami wanita berkenaan.



Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Maaf, bukan nk menambahkan rasa sakit hati cuma nak beritahu, kalau saya pun terasa... memang kita faham keadaannya, tapi jaga hati la sikit. Depan-depan kita dibaginya hadiah yang sekian harga, mahu tak rasa nak menangis kat bucu katil," komen seorang netizen.

"Memang pun terasa. Menunggu gaji masuk hujung bulan. Cukup-cukup je tu. Tapi hadiah untuk adik sampai RM800. Memang terasa," komen netizen lain.

"Kita appreciate diri sendiri. Saya pun sama, anniversary beli hadiah sendiri, tak payah mahal-mahal cukup sekadar reward diri sendiri," tulis seorang netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain