BERDEPAN hari kematian ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa yang mampu menghalang ketentuan itu. Di Twitter, seorang lelaki turut berkongsi kisah pemergian ibunya yang ditakdirkan berlaku pada tanggal 18 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ibu menyusul selepas 42 hari bapa meninggal dunia, anak bongsu puas dapat mandikan dua jenazah ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah pernah cakap dia kena sihat sebelum sekolah buka” - Anak tak sangka kerisauan ibu ‘hilang’ tepat masanya, menggigil imbas pengalaman mandikan jenazah "Pakaian terakhir mak," tulis Mohd Helmi Che Saad dengan menyertakan sekeping foto memaparkan kain kafan ibunya, Allahyarham Che Jemilah Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Bercakap kepada mStar, pembantu kedai berusia 32 tahun itu mengakui hari pemergian ibunya bagaikan satu kejutan yang tidak pernah disangka-sangka, ditambah pula ibunya sihat sahaja pada waktu itu. "Dah setahun mak pergi. Masa tu terkejut sebab mak masih sihat. Sempat jumpa dua atau tiga hari sebelum tu. Boleh sembang-sembang, gelak macam biasa. "Kemudian pada hari kejadian, saya dapat panggilan pada waktu Subuh daripada ibu saudara. Memang terkejut. Kata Helmi, dia terkejut mendapat perkhabaran kematian ibunya memandangkan wanita itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. (Gambar Hiasan) "Masa pertemuan terakhir tu, kami sempat janji nak jumpa balik," ujarnya sewaktu dihubungi. Mesra disapa Helmi, dia mendedahkan dirinya dibesarkan oleh keluarga angkat di Guar Chempedak, Kedah, manakala ibunya menetap di Yan. Biarpun tidak tinggal bersama, hubungan mereka rapat seperti biasa dan dia juga tidak pernah leka menziarahi ibunya itu. "Kami tak tinggal sekali, duduk asing. Mak dulu susah, jadi saya diserahkan pada keluarg angkat. Saya anak tunggal. "Selepas itu, mak juga kahwin lain dan dikurniakan tiga cahaya mata. Walaupun tak duduk bersama, kami masih rapat," ujarnya. Apabila sampai waktunya, kena reda. Kena kuat, banyak berdoa dan sabar. MOHD HELMI CHE SAAD Mengulas perkongsian di Twitter, Helmi mengakui segala memori bersama ibunya pasti terimbau apabila melihat semula foto tersebut. "Masa tu tengah uruskan jenazah mak. Saya ambil gambar kain kafan untuk kenangan. Kalau tengok gambar tu, mesti terimbas hari mak pergi. "Saya pun tiada adik beradik, uruskan jenazah mak dengan saudara mara sehingga selesai proses pengebumian. "Untuk anak-anak di luar sana yang belum berhadapan detik ini, sebolehnya kita kena kuat. Helmi memberi nasihat kepada mana-mana individu agar berbakti kepada orang tua mereka selagi hayat masih dikandung badan. (Gambar Hiasan) "Apabila sampai waktunya, kena reda. Kena kuat, banyak berdoa dan sabar. Selagi ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka," ujarnya lagi. Sehingga kini, posting di Twitter Helmi menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet). Malah, ramai netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang berdepan dengan kematian ibu bapa mereka. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!