SUNGGUHPUN kekecohan isu membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dengan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sudah dua hari berlalu, namun ia masih diperkatakan di media sosial. Rata-rata netizen tampil dengan pandangan masing-masing, namun sebahagian besarnya meluahkan kekecewaan apabila hasrat Ustaz Ebit untuk menghulurkan bantuan dipertikaikan pihak tertentu. Terpanggil untuk mengulas hal tersebut, seorang peguam Nor Zabetha Muhamad Nor berpendapat isu tersebut sebenarnya boleh diselesaikan secara 'menang-menang' ibarat menarik rambut di dalam tepung.ARTIKEL BERKAITAN: “Minta maaf, saya salah” - Ebit Lew trending di Twitter, patuh disuruh mohon maaf secara terbuka selepas sediakan bas buat pelajar IPTARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi senario tak patut berlaku selepas kematian, kubur masih merah dah berebut harta - “Mereka pilih taat isu faraid, tidak bahagian lain” "Kalau dalam situasi menghantarkan pelajar menggunakan bas, yang utamanya adalah pelajar selamat sampai ke rumah masing-masing. Jadi usaha menyediakan bas itu sepatutnya sangat-sangat dialukan. "Kemudian dalam kenyataan rasmi, tidak perlu ikut SOP dan kebenaran MKN juga, kita fahami. Jadi eloknya untuk kebajikan semua pelajar, pihak universiti sama-sama mendapatkan kebenaran MKN dahulu atas bantuan yang ingin dihulurkan," ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook. Ulasan Nor Zabetha di Facebook. Dalam pada itu, peguam ini juga berpendapat isu tersebut bukan perlu diselesaikan dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Ustaz Ebit semata-mata. "Sepatutnya ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu membawa pelajar-pelajar ini pulang selain permintaan permohonan maaf ini. "Mungkin, apabila membaca kenyataan oleh MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) itu, jadi serba tidak kena tulisannya tetapi kenyataan sebegini tidak juga boleh keluar tanpa kebenaran Universiti kerana perkara telah jadi viral dan melibatkan kesemua pengurusan universiti. Semuanya perlu dikeluarkan secara berhati-hati," katanya. Nor Zabetha sering membuat ulasan mengenai isu semasa dan hal berkaitan perundangan di laman Facebook. Tindakan sesetengah pihak yang menularkan wajah-wajah pelajar MPP institusi itu juga merupakan sesuatu tindakan yang tidak wajar sungguhpun kenyataan terhadap Ustaz Ebit dikeluarkan oleh mereka. "Saya harap janganlah diviralkan gambar-gambar barisan pelajar MPP itu. Apa agaknya perasaan ibu bapa mereka? Bukan semua kuat untuk menerima tekanan. Mereka remaja dan masa depan mereka panjang lagi. Antara komen netizen yang turut menyokong pandangan Nor Zabetha. "Indahnya kalau dinyatakan dalam kenyataan rasmi mereka bahawa 'kami menyambut penuh dan kami dalam usaha mendapatkan kelulusan dari MKN atas pertolongan yang ingin disalurkan. Setakat ini kami masih lagi belum mendapat maklum balas dari MKN dan kami akan menjalankan segera untuk mendapatkan kelulusan ini. Kami memberikan keutamaan bagi segala usaha untuk memastikan kebajikan pelajar-pelajar terjaga'. "Itulah, kalaulah diikut konsep peribahasa di atas, alangkah baiknya, pelajar-pelajar dapat pulang, dan universiti telah berjaya hantar 20 bas dan bantuan ustaz pun berjaya disalurkan. Semua pun beroleh kemenangan. "Entahlah. Serba tak kena. Harap ada kenyataan dari universiti sendiri dan bukan dari MPP untuk menyelesaikan isu ini," akhirinya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!