BARU beberapa hari lalu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membantu keluarga seorang wanita yang kehilangan kedua-dua belah kaki mendapatkan kediaman baharu. Namun siapa menduga, belum pun seminggu mengecap kegembiraan tinggal di kediaman baharu tersebut, wanita itu dijemput menghadap Ilahi. Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Ustaz Ebit menerusi Facebook beliau pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata akak kaki kudung lihat kelibat Ebit Lew, semuanya usaha guru arwah anak OKU... seram bangunan tinggal banyak babi hutan! – “Allah hantar ustaz pada hari lahir saya” ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sayu lihat keadaan M Daud Kilau, sempat suapkan makan sebelum balik - “Walaupun uzur dia masih ceria melayan tetamu” "Ya Allah tengah hari ini dapat berita akak yang tiada kaki baru saya pindahkan ke rumah baharu pada hari lahirnya baru sahaja meninggal dunia. "Kami terus bergegas ke Kuantan dengan van jenazah. Baru beberapa hari pindah rumah baharu. Katanya hari tu 'Allah dengar doa saya. Saya dapat pindah rumah baharu dekat pula dengan kubur anak perempuan yang baru meninggal tahun lepas ketika umur 12 tahun'. "Sampai je adik ni (anak lelaki Allahyarhamah) terus peluk saya menangis. Syukur mak dapat masuk rumah baharu. Mak gembira sangat ustaz. Mak nak jumpa ustaz lagi. Mak tak sangka Allah hantar ustaz. Tak berhenti menangis," tulis pendakwah tersebut. Ustaz Ebit bersama keluarga Allahyarhamah di hadapan rumah baharu mereka. Ebit yang meluangkan masa menziarahi jenazah wanita tersebut di Kuantan, Pahang turut terkesan dengan pemergian insan berkenaan, tambahan pula mengenangkan keadaan anak serta suami arwah. "Nak tahu tak kenapa kami jadi rapat. Dia dah tiada sesiapa lagi dalam hidupnya. Ayahnya minor strok. Adik dah tiada. Dia sendiri OKU pembelajaran. Lembam. Baik anak ini ya Allah. "Selama ini dia mandikan dan uruskan maknya. Teman rapat hanya maknya. Ujian dirimu adik. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun," tulis Ebit. Ustaz Ebit meluangkan masa menziarahi jenazah Allahyarhamah. Ebit pada 30 September lalu berpeluang menziarah keluarga malang ini yang ketika itu hanya tumpang berteduh di sebuah bangunan tinggal yang serba kekurangan. Tidak menunggu lama, pendakwah tersebut segera mendapatkan kediaman baharu untuk tiga beranak malang berkenaan. Lebih menyentuh hati menurut Ebit, wanita itu tidak henti-henti menangis dan memanjatkan kesyukuran kerana tidak menyangka menerima 'hadiah' sempena hari lahirnya. "Saya belajar ajaibnya doa. Allah Maha Kuasa. Banyak pelajaran saya dapat hari ini. Nikmat syukur. Dia kehendaki tiada siapa boleh tahan," tulis Ebit. Inilah bangunan tinggal yang menjadi 'syurga' keluarga berkenaan sebelum dibantu oleh Ustaz Ebit. Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ribuan komen netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan kisah keluarga berkenaan, selain turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau kerana menggembirakan wanita tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. "Innalillahiwainailaihirojiun. Terima kasih ustaz bahagiakan akak ni di saat-saat akhirnya. Moga Allah gantikan syurga sebagai tempat tinggalnya," tulis Wany Talib. "Besar pahala ustaz. Sempat juga arwah merasa duduk dalam rumah yang selesa. Semoga ustaz terus dimurahkan rezeki untuk menolong orang-orang yang memerlukan. Takziah untuk keluarga arwah, Al fatihah," komen Ayu Rania Zara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!