suria

Tak sanggup tengok gadis basuh face mask, ramai simpati sampai nak belanja... ada pasar raya nak sponsor jenis ‘100 ply’!- “Tak bernafas, nanti marah KKM”

Beberapa pelitup muka pakai buang digantung selepas dibasuh. -Foto twitter batrisyaanisah

PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan di tempat-tempat awam bermula 1 Ogos lalu, berikutan pandemik Covid-19.

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka pakai buang dijual di pasaran, tetapi ada juga yang menghasilkannya sendiri dari rumah.

Seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat dinasihatkan untuk tidak menggunakan semula pelitup muka pakai buang yang telah digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Topeng muka jemur atas rumput, gantung macam ikan masin entah-entah nak jual 'second hand' - "Saya tak rasa mereka nak pakai balik..."

ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli topeng muka tapi penuntut IPT ini dilarang masuk farmasi sebab tak pakai 'face mask'... nak marah ke kelakar? - "Saya malas nak cakap banyak"

Namun, media sosial dikejutkan dengan tindakan seorang gadis yang mencuci pelitup muka tiga lapis (ply) dan empat lapis yang telah digunakan.



Perkongsian seorang gadis menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

"Tengok ni. Mask 3 ply dan 4 ply yang saya basuh balik. Okay je pakai, tak koyak-koyak pun. Fabrik filter tu bertahan je. Guna sabunlah," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Perkongsian gadis itu menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana berisiko dan dibimbangi tercemar.

"Jimat sangat ni sampai mask pun dia staplerkan," komen seorang netizen.



Pengikat pelitup muka diperkuatkan menggunakan stapler.

Tidak terkecuali ramai turut bersimpati dengan keadaan yang dialami gadis berkenaan, sehingga menyuarakan kesudian mereka untuk menghulurkan bantuan.

"Sis PM (mesej peribadi) alamat. Saya bagi sekotak pelitup muka pakai buang. Benda tu pakai buang, jangan basuh dan pakai balik. Tak bersih dan tak selamat," ujar netizen.

"Sis, I ada banyak face mask untuk pelanggan I sebagai hadiah percuma. I kasi you mask adapter (penyambung pelitup muka) sekali sis. Tolong PM I butiran you. I belanja," kata seorang peniaga.

"Sis, kalau perlukan pelitup muka yang boleh dibasuh beritahulah. InsyaAllah kawan-kawan kat Twitter ni ada yang murah hati. Tapi janganlah basuh balik pelitup muka pakai buang ni," ujar netizen lain.



Antara netizen yang bersimpati menghulukan bantuan.

Bukan setakat netizen, situasi yang dialami gadis tersebut turut mendapat perhatian sebuah pasar raya yang sedia menyumbangkan pelitup muka secara percuma.

"Adik, macam ni la kami bagi pelitup muka pakai buang dua kotak tu ada 100 ply asalkan kamu pakai pelitup muka setiap hari.

Benda tu pakai buang, jangan basuh dan pakai balik. Tak bersih dan tak selamat

NETIZEN

"Sila DM kami untuk dapatkan pelitup muka di oultet terdekat OK sis!" tulis Econsave menerusi akaun rasmi Twitter pasar raya itu.

Bagaimanapun, ciapan oleh pentadbir akaun Twitter Econsave mengundang lucu netizen berikutan keterangan 100 ply yang merujuk kepada 100 lapis pada pelitup muka.



Posting twitter Econsave turut meraih perhatian.

"Mesti Min (admin) taip tweet ni sambil pakai face mask 100 ply, sebab tu typo (kesilapan menaip) kerana kekurangan oksigen," kata seorang netizen secara berseloroh.

"Kami yang tak bernafas gelak ni min," komen seorang netizen yang lucu dengan ciapan tersebut.

"Kalau dapat yang 100 ply mahunya dia basuh sampai hujung tahun depan," kata netizen lain.

Pentadbir akaun Twitter Econsave kemudian memuat naik ciapan susulan: "Mantul Pak Abu! Kau tengok aku dah typo. 100 keping bukan ply. Tak bernafas, nanti marah KKM."

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain