NASI lemak kayangan! Mungkin itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan sebekas nasi lemak biasa yang dibeli oleh gadis ini apabila dia terpaksa membayar RM7. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh gadis berkenaan di Twitter, nasi lemak itu hanya mengandungi sambal, beberapa keping timun dan sebiji telur goreng yang mana harganya dianggap sangat tidak munasabah. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, anak owner bagi diskaun RM10 - “Tolong jaga kebersihan, jaga adab” ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Telur lipas atau kacang merah? Yang penting makanan dalam pinggan dah licin - “Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa” Perkongsian tersebut menjadi tular dan sehingga kini meraih 2,800 retweet selain 9,000 likes. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Bella itu berkata, nasi lemak berkenaan dibelinya dari sebuah restoran berdekatan tempat kerjanya di Bandar Seri Alam, Johor. Posting yang dimuat naik oleh Bella menjadi tular di Twitter. "Selalunya saya bawa bekal tapi kebetulan hari berkenaan agak lambat dan tak sempat masak, jadi saya beli nasi lemak untuk bersarapan dari kedai berdekatan pejabat. "Saya langsung tak ambil lauk, melainkan hanya satu telur mata. Bila makcik taukeh kedai tu kira, dia beritahu harganya RM7. Kebetulan masa tu, makcik tu tengah sound salah seorang pekerjanya. "Saya memang nak persoal harga nasi lemak berkenaan, tapi memandangkan situasi seperti tegang masa tu jadi saya batalkan saja niat tersebut," kata gadis berusia 21 tahun ini. Agak-agak la kalau nak letak harga makanan. Macam mana orang nak support bisnes mereka kalau harga pun tak munasabah. BELLA PELANGGAN Tambah Bella, dia sebelum ini pernah beberapa kali membeli makanan di restoran yang sama dan kebiasaannya, harga untuk nasi lemak biasa dengan telur adalah sekitar RM 3. "Bila saya cerita dengan rakan sepejabat, mereka pun kongsi pengalaman yang sama. Pernah nasi campur diberikan harga sehingga berbelas ringgit. Kadang-kadang munasabah, kadang-kadang mahal pula. Tak konsisten harganya," katanya yang merupakan pekerja sektor swasta. Menurut Bella, ramai netizen memberi respon terhadap perkongsian tersebut malah ada yang menghantar mesej kepadanya menerusi Direct Message (DM). Netizen turut mempromosi nasi lemak jualan masing-masing yang yang harganya lebih murah berbanding nasi lemak yang dibeli Bella. Foto: Razieqfakhrull "Kelakar bila baca komen masing-masing. Ada yang suruh pindah ke negeri mereka sebab makanan murah, ada yang tolong buat kira-kira nasi lemak yang saya beli, ada yang tanya lokasi kedai... macam-macam. "Ada yang suruh saya buat laporan dan bawa kepada pengetahuan pihak yang sepatutnya. Betul-betul tak sangka perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai. Saya tak berniat nak aibkan siapa-siapa kerana saya langsung tak sebut nama lokasi. Hanya sebut harga saja," katanya yang berasal dari Pasir Gudang. Antara komen netizen pada perkongsian Bella. Bella dalam masa yang sama berpendapat, tidak wajar bagi pemilik restoran meletakkan harga makanan sesuka hati dan langsung tidak munasabah. "Agak-agak la kalau nak letak harga makanan. Macam mana orang nak support bisnes mereka kalau harga pun tak munasabah. Kalau selalu buat macam ni, tak mustahil orang dah 'mark' dan takkan pergi ke kedai yang sama dah. "Kalau macam ni harga yang diletakkan, memang bawa bekal sajalah. Jimat dan puas hati," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!