IBARAT seorang anak bersama bapanya, seekor kucing begitu jinak 'bersalam' dengan warga emas lelaki apabila diminta berbuat demikian. Warga emas itu kemudian mencium dahi kucing berkenaan sebelum disambut 'ciuman' si bulus itu di dagunya. "Salam nak, salam nak. Sayang... hmmm muah!" warga emas itu menerusi video yang dimuat naik oleh cucu perempuannya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 24,000 kali dan menerima lebih 31,000 tanda suka. ARTIKEL BERKAITAN: Macam Aquaman! Dah 20 tahun pakcik ni tak jemu berteriak panggil 'Titi'... laung azan 3 kali sehari pun masih ada kudrat - "Lebihan makanan beri anjing jalanan" ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut rider wajah ganas bawa 'peneman' pergi kerja - "Macam gangster yang sayang sangat mak dia" Cucunya, Intan Nurshahira Saridan memberitahu, video tersebut dirakam ketika menziarahi datuknya yang berusia 70-an dan nenek di kampung di Klebang Kecil, Melaka. Gelagat Pak Salleh (kanan) dan kucingnya yang mencuit hati. Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu, kucing jantan yang dipanggil 'Belang' itu dibela datuknya sejak haiwan itu masih kecil lagi. "Atuk (panggilan datuk) sebenarnya bela banyak kucing. Di kampung, ada lebih 40 ekor kucing yang dibela dalam beberapa sangkar dan dilepaskan di dalam rumah. "Tapi dalam banyak-banyak tu, Belang yang berusia hampir dua tahun paling manja dengan Atuk. Kucing ni jenis mendengar kata orang," katanya kepada mStar. Intan yang menetap bersama keluarga di Klang, Selangor bagaimanapun berkata, kucing tersebut hanya mendengar kata datuknya yang dikenali sebagai Pak Salleh di kampung. 'Belang' merupakan antara lebih 40 ekor yang dibela Pak Salleh. "Dengan atuk je, kalau orang lain dia (Belang) sombong. Kucing ni jenis berkepit dengan atuk. Suka je menyendeng kat kaki atuk, sampai tidur pun dengan atuk. "Dia macam faham apa yang atuk cakap. Alhamdulillah, mungkin itu kelebihan yang dikurniakan kepada atuk," ujarnya sambil menambah bahawa datuknya mempunyai seorang anak dan dua cucu. Dia macam faham apa yang atuk cakap. Alhamdulillah, mungkin itu kelebihan yang dikurniakan kepada atuk INTAN NURSHAHIRA SARIDAN Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, datuknya mula membela kucing sejak di zaman muda, malah sebelum mendirikan rumah tangga. "Atuk bukan sahaja pencinta kucing, malah bermurah hati membantu penduduk setempat atau rakan-rakan yang kehilangan kucing untuk membantu mencari. "Kalau orang hilang kucing, mereka minta tolong atuk untuk cari. Alhamdulillah ada yang atuk dapat jumpa, naluri atuk kuat," katanya sambil menambah bahawa datuknya merupakan bekas peniaga lemang. Intan berkongsi kisah datuknya yang merupakan pencinta kucing. Dalam pada itu, Intan tidak terkecuali menerima kecaman daripada segelintir netizen berikutan satu lagi video yang dimuat naiknya di laman sosial, memperlihatkan seolah-olah datuknya menampar kucing berkenaan. "Sebenarnya itu bukan tampar, tapi gurauan manja atuk dengan kucing tu. Bukannya tamparan kuat yang disalah sangka sesetengah netizen. "Takkanlah saya nak kongsi video tu kalau betul atuk saya ni pukul kucing tu. Tak baik salah sangka. Atuk saya sebenarnya seorang pencinta kucing, berpuluh-puluh kucing dia bela. "Atuk dan nenek tinggal berdua, tapi mereka tak pernah bosan sebab ditemani kucing-kucing. Orang yang ada kucing saja tahu betapa akrabnya seseorang itu dengan kucing dan itu sekadar gurauan manja atuk," katanya yang meminta supaya netizen menghentikan kecaman terhadap datuknya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 7, 2020 at 11:26pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!