suria

Tragis! Baru beberapa minit keluar rumah, perjalanan 2 beradik terhenti... bertemu ‘syurga’ hanya jasad tanpa nyawa - “Kakak buat dua kerja demi anak-anak”

Gambar dua beradik saling berpelukan selepas mengetahui ibu mereka terbabit dalam kemalangan menjadi tular sekaligus menyentuh hati netizen.

HATI siapa yang tidak luluh apabila melihat jasad yang terbujur kaku di atas jalan rupa-rupanya 'syurga' sendiri.

Itulah yang dialami oleh dua beradik ini apabila menyedari insan di sebalik litupan kain yang dikerumuni orang ramai adalah jasad ibu yang baru beberapa minit meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.

Tular di media sosial gambar dua beradik berkenaan saling berpelukan di sisi jasad ibu mereka, sekaligus mengundang sebak dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula tangan sebelah kiri mengecut” - Bapa tunggal menderita, tubuh nampak seperti tulang dibaluti kulit selepas pemergian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Syawal paling sayu! Pertama kali beraya sebagai yatim piatu, 8 beradik ini terpisah antara satu sama lain - “Tak susah nak jaga mereka”

Menurut adik arwah yang dikenali sebagai Nur Syuhadah, kemalangan melibatkan kakaknya, Siti Rohani berlaku ketika Allahyarham baru meninggalkan rumah untuk pergi bekerja di sebuah syarikat sebagai tukang cuci.

"Kemalangan berlaku dalam pukul 7 pagi, Selasa. Kakak baru saja keluar kerja dengan menaiki motosikal. Tak berapa lama kemudian, anak sulungnya pula menyusul keluar sebab nak hantar si adik ke sekolah.

"Ketika lalu di lokasi kejadian di Jalan Sungai Ular, Kuantan, tiba-tiba anak saudara saya tu nampak ramai orang berkerumun, kemudian dia nampak pula motor ibunya.



Orang ramai mengerumuni lokasi kemalangan pada pagi Selasa lalu.

"Bila nampak jasad ibu mereka, terus mereka menangis berpelukan. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta," cerita Nur Syuhadah kepada mStar.

Siti Rohani merupakan seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata berusia 18 tahun dan tujuh tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

Dalam nada sebak, Nur Syuhadah berkata mereka sekeluarga terutama anak-anak saudaranya masih lagi trauma dan terkejut dengan pemergian kakaknya yang berusia 30-an itu.

Si abang sejak semalam banyak berdiam dan menghabiskan masa di dalam bilik. Si adik pun pula kalau dengar orang menyebut pasal ibunya, matanya terus berair.

NUR SYUHADAH

IBU SAUDARA

"Arwah kakak pergi mengejut, lokasi kemalangan tu hanya beberapa minit saja dari rumah. Jalan itu pula jalan yang memang jadi laluan setiap hari. Memang trauma kalau nak lalu lepas ini.

"Susah nak percaya namun kami semua reda dengan ketentuan-Nya. Saya kasihan melihat dua anak saudara yang kini kehilangan ibu yang menjadi tempat bergantung selama ini.

"Si abang sejak semalam banyak berdiam dan menghabiskan masa di dalam bilik. Si adik pun pula kalau dengar orang menyebut pasal ibunya, matanya terus berair," cerita gadis berusia 20 tahun ini.

Nur Syuhadah berkata, ini adalah kemalangan kedua yang menimpa kakaknya sehingga meragut nyawanya.



Ustaz Ebit Lew turut meluangkan masa menziarahi kedua-dua beradik malang itu. Foto: Fb Ustaz Ebit Lew

"Kakak pernah kemalangan empat tahun lalu, ketika itu pun dia dalam perjalanan nak pergi kerja. Kemalangan melibatkan sebuah lagi motosikal itu menyebabkan kakak mengalami kecederaan parah pada bahagian dalam mulut.

"Tak sangka, kemalangan kali ini meragut nyawanya... dengan motosikalnya yang sama," ujarnya yang memang merasai kehilangan kakaknya itu.

Bercerita lebih lanjut, Nur Syuhadah berkata kedua-dua anak saudaranya itu kini berada di bawah jagaan nenek mereka.



Netizen turut tersentuh dengan tragedi tersebut.

"Kakak anak kedua daripada enam adik beradik dan sentiasa bekerja keras membesarkan anak-anaknya hingga melakukan dua kerja.

"Selain tukang cuci, kakak bekerja di kantin pejabat," katanya mengenai arwah yang dianggap sebagai kakak yang baik dengan adik beradik.

Katanya, sebagai ibu saudara, dia dan adik beradik lain berjanji akan menjaga anak-anak saudara kami dengan baik.

Bagi mereka yang ingin meringankan beban dua beradik ini, Nur Syuhadah boleh dihubungi di talian 017 2512624.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain