suria

Misteri wad denggi! 12 tiub darah lesap selepas doktor nampak wajah ngeri di sebalik tirai... tambah seram, 'saksi' kejadian meninggal dunia beberapa hari kemudian

Perkongsian satu insiden misteri oleh Dr Kamarul Ariffin ketika beliau bertugas di wad yang menempatkan pesakit demam denggi. Gambar hiasan.

KEKAL misteri!

Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh doktor ini, apabila 12 tiub darah pesakitnya hilang tanpa jejak.

Berkongsi kisah itu di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata insiden berkenaan berlaku ketika dia bertugas shif malam di wad pesakit denggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah ibu bapa tonjol teladan tak baik, paksa beri MC pada anak tak sakit... padahal bercuti, tak siap homework - “Ada pujuk, rayu sampai ugut”

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘doktor kiriman tuhan’ tapi tak mampu selamatkan bayi pramatang... jantung berdegup laju jam 1 pagi - “Jika hidup sampai esok pagi, itu keajaiban”

"Malam itu aku berkerja shif malam, bermula 9 malam. Jadi, aku perlu ambil darah pesakit denggi jam 12 tengah malam dan 6 pagi. Setelah habis rondaan malam, aku mula mengambil darah. Ketika itu jam menunjukkan pukul 11.55 malam.

"Semuanya berjalan lancar dan kini tinggal seorang lagi pesakit sahaja yang perlu diambil darahnya. Aku pun menyorong troli yang dilengkapi dengan peralatan untuk prosedur pengambilan sampel darah ke katil pesakit terakhir," ceritanya.

Pesakit terakhir berkenaan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Selepas mengejutkan pesakit berkenaan yang sedang tidur di sebalik tirai pemisah katil, Dr Kamarul Ariffin lantas meminta kebenarannya untuk melakukan prosedur mengambil darah.

"Sewaktu aku mahu sedut darah ke dalam picagari, aku terasa seperti ada seseorang di sebelahku, tapi di luar kepungan tirai. Kehadirannya mengganggu fokus, sehingga aku terpaksa memberhentikan prosedur pengambilan sampel darah. Sungguh tidak selesa.

"Siapa yang diri kat luar tirai tu? Ada apa-apa saya boleh bantu? tanyaku sambil meletakkan picagari ke dalam kidney dish.



Kesemua 12 tiub yang mengandungi sampel darah pesakit di wad berkenaan hilang tanpa jejak. Gambar hiasan.

Sepi. Tiada jawapan. Aku toleh muka pakcik. Pakcik mengangkat bahu sambil mencebik bibir tanda tak tahu. Ralat.

"Sepi itu memanggil aku untuk menyiasat. Lantas bingkas aku bangkit dari tinggungan dan segera menyelak tirai. Tiada siapa," tulisnya.

Doktor itu kembali meneruskan tugasnya sehingga selesai namun sekali lagi kelihatan satu susuk tubuh berdiri di sebelahnya, namun kali ini 'lembaga' itu menampakkan kelibatnya.

"Ya Allah! Di celah antara dua tirai, terlihat wajah yang mengintai. Hanya sebahagian mukanya terlihat, selebihnya terlindung di sebalik tirai. Itu pun cukup ngeri sehingga adrenalin menguasai diri.

"Awat doktor? tegur pakcik. Aku alihkan pandangan aku ke arah pakcik dan kemudian kembali menjeling di celahan tirai. Sudah tiada. Wajah itu sudah tiada," ceritanya.

Ketika mahu berlalu pergi selepas selesai mengambil darah, secara tiba-tiba doktor itu dikejutkan dengan teriakan pesakit terakhir sebentar tadi.



Disebabkan insiden misteri itu, Dr Kamarul terpaksa mengambil semula darah pesakitnya. Gambar hiasan.

"Pakcik mendakwa ada tangan dari bawah katil yang mengambil tiub-tiub darah yang sudah berisi dari kidney dish yang berada di atas troli darah.

"Aku enggan percaya, namun tak dapat aku jelaskan ke mana hilangya tiub-tiub itu. Puas sudah mencari. Selongkar dan geledah. Tak jumpa juga. 12 tiub keseluruhannya. Hilang tanpa jejak," tambah doktor tersebut.

Sungguhpun fikirannya masih dibelenggui misteri, namun doktor itu berkata dia terpaksa melakukan semula proses mengambil darah pesakit.

Disebabkan proses mengambil darah dilakukan sebelum tiba tempoh enam jam berikutnya, kesemua keputusan darah pesakit pada malam itu tidak tepat.

"Lantaklah! Kalau aku jelaskan apa yang berlaku, orang mungkin tak percaya. Maka, aku diamkan sahaja.

"Kini hanya seorang sahaja yang boleh mengesahkan kesahihan cerita ini, dan akulah orang itu. Pakcik yang terlibat tu?

"Beliau meninggal beberapa hari selepas kejadian itu kerana komplikasi denggi yang parah. Kebetulan? Entahlah," tulisnya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 289 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain