suria

Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online

Foto Ian yang dikongsi Lisa menjadi perhatian ramai di Twitter.

WABAK Covid-19 yang melanda ternyata turut memberi kesan buat seluruh pelajar di negara ini.

Jika dahulu, sesi pembelajaran diadakan secara bersemuka di sekolah atau kampus, kini segalanya berjalan secara dalam talian.

Bagi Nur Alisa Yuthly atau Lisa, sesi pengajian maya turut mempunyai cabarannya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah anggap macam keluarga sendiri” - Remaja terkilan Apit dibaling dari tingkat 16, pelaku patut terima balasan setimpal!

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan - “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong”

Tular di Twitter apabila dia berkongsi 'gangguan' yang dialami sewaktu sedang mengikuti kelas online dari kediamannya di Dungun, Terengganu, pada Rabu lalu.

Dalam foto tular itu, seekor kucing menggigit laptop yang sedang digunakan Lisa sehingga ia meraih hampir 15,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, Lisa mengakui terhibur dengan aksi kucingnya itu dan menganggap ia sebagai lumrah biasa bagi pemilik haiwan.

Lisa tidak menjangka perkongsiannya tular di Twitter.

"Gambar tu dirakam sewaktu saya tengah ada kelas online Rabu lepas. Ian memang suka laptop, saya tak tahu kenapa?

"Kalau saya buka laptop, mesti Ian akan duduk atas keyboard, itu memang hobi Ian. Masa tu Ian gigit laptop, terus saya ambil gambar," ujarnya.

Menurut penuntut bidang Perbankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang itu, dia berpendapat kehadiran haiwan berkenaan tidaklah mengganggu fokusnya sewaktu kelas dijalankan.

Saya cuma harap Covid-19 berakhir cepat, boleh belajar face to face macam dulu.

NUR ALISA YUTHLY

Malah katanya, foto itu dirakam sewaktu dia dan kawan-kawan diberikan rehat seketika.

"Tak adalah mengganggu sangat. Tapi kadang-kadang kucing akan datang. Jadi kita kena pandai-pandailah jaga.

"Dalam gambar viral tu namanya Ian, saya ada dua ekor lagi kucing nama Mir dan Cumi.

"Saya terkejut. Kali pertama saya post gambar Ian di Twitter, terus viral," ujarnya.

Ramai netizen terhibur melihat aksi kucing peliharaan Lisa.

Bercerita mengenai kehidupan sebagai pelajar dalam tempoh dunia dilanda Covid-19, Lisa mengakui ia memberi cabaran tersendiri untuknya dan rakan-rakan.

Malah, jauh di sudut hati dia mengharapkan pandemik itu segera berakhir agar sesi pengajian dapat dijalankan seperti biasa.

"Saya tak ada masalah, keluarga faham setiap kali ada kelas, jadi mereka tak akan ganggu.

Kucing-kucing peliharaan Lisa.

"Tapi kasihan jika ada pelajar lain yang terganggu apabila diminta buat kerja rumah sewaktu kelas sedang berlangsung.

"Ada juga yang terpaksa bekerja sebab ibu bapa kehilangan sumber pendapatan akibat Covid-19.

"Ada student yang tak boleh survive, tak boleh catch up kelas online. Saya cuma harap Covid-19 berakhir cepat, boleh belajar face to face macam dulu," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengakui terhibur melihat aksi kucing Lisa sebagaimana yang dikongsinya di Twitter.

Malah, ada yang turut berkongsi foto kucing masing-masing menerusi ruangan komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain