LUMRAH sebagai manusia, pasti tidak dapat lari daripada mempunyai sikap negatif seperti bersangka buruk atau mudah menghukum orang lain. Dua sikap ini pasti hadir di kala seseorang sedang berdepan situasi yang kurang menyenangkan. Namun sebelum terlalu mengikut kata hati, adalah baik jika situasi yang dihadapi itu ditangani penuh berhemah dengan pihak yang terlibat sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh. ARTIKEL BERKAITAN: Cara mengajar tak disenangi, guru terpaksa ‘hadap’ bapa murid angkuh tayang kunci BMW - “Saya biasa makan semeja dengan menteri” ARTIKEL BERKAITAN: Guru pelik masyarakat kini ‘prihatin menonong’! Kawan sendiri pun sama, dapat mesej random terus bagi derma - “Teruslah... cuma prinsip aku jelas” Menulis coretan di Facebook, Mohd Fadli berkata kisah tersebut dialami salah seorang pengikutnya dan ia dikongsikan agar dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya untuk berbaik sangka dengan individu lain. "Ini kisah benar berlaku pada diri akak sendiri beberapa tahun lalu. Pagi nak hantar anak sekolah akak langgar satu kereta kat roundabout. Tergesel kereta sebelah terus driver kereta mengamuk nak ajak gaduh. "Akak tengok dia turun kereta muka merah padam memang marah betul. Ko jangan nak lari, aku nampak muka ko! Lepas tu dia ambik gambar kereta akak, gambar no plate kereta, gambar Mykad akak dengan gambar akak dengan anak pun dia ambil juga. Takut betul akak nak lari agaknya," tulis Mohd Fadli yang berkongsi semula coretan pengikutnya itu. Sebahagian posting Cikgu Fadli mengenai kisah yang dialami salah seorang pengikutnya di Facebook. Berkongsi lebih lanjut, wanita itu kemudian meminta maaf berkali-kali kepada pemandu lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 40an dan mengakui kecuaiannya kerana mahu segera menghantar anak ke sekolah. Malah wanita tersebut turut memberikan nombor telefon suaminya untuk dihubungi oleh lelaki berkenaan dan menyelesaikan perihal kemalangan kecil yang berlaku itu. "Akak call suami akak depan dia bagi dia cakap sendiri dengan suami. Dia mengamuk pulak dengan suami akak,"Isteri awak dah langgar kereta saya apa cerita ni!" "Bila suami kata nak jumpa dan nak settle baru dia nak tenang sikit. Akak pun hantar anak sekolah. Lama jugak suami akak settle hal kereta encik tu. Bawa ke bengkel betulkan yang calar sampai semua dah elok suami bayarkan bil kerosakan kereta dia. "Alhamdulillah selesai," ceritanya. Cikgu Fadli aktif dalam aktiviti kebajikan menerusi Perubuhan Danakita. Namun siapa sangka, wanita ini mendedahkan, rupa-rupanya pemandu lelaki berkenaan sedang berdepan masalah sehingga menyebabkannya sedikit hilang pertimbangan ketika kemalangan berlaku. "Rupa-rupanya encik ni tengah kusut serabut isteri dia di wad ICU sedang bertarung nyawa lepas bersalin. Ada komplikasi lepas lahirkan anak dan dia tengah susah hati dengan isteri yang sakit, anak yang baru lahir, anak-anak yang tinggal di nursery dalam keadaan dia takde duit langsung waktu tu. "Dia menangis waktu cerita pada suami akak. Allahuakbar. Allah kirim orang ini untuk kita bantu, kata suami pada akak. Suami bagi sedikit sumbangan untuk ringankan beban dia walaupun mulanya dia menolak sebab dah bayar bil repair kereta dia sebelum tu. "Tapi bila suami akak kata ini untuk isteri dan anak-anak awak akhirnya dia mengalah dan ambik jugak," kongsi wanita tersebut. Tanpa disangka, pemandu lelaki berkenaan menghubungi suami wanita berkenaan beberapa bulan kemudian untuk memulangkan semula wang yang disumbangkan. Selain isu pendidikan, Cikgu Fadli aktif menulis coretan berkaitan isu semasa, sosial dan kemasyarakatan. "Kami kata kami tak mau duit balik. Kami mau dia datang rumah bawa isteri dan anak-anak untuk jadi saudara dunia akhirat. "Perkara yang mulanya nampak macam musibah pada dia rupa-rupanya Allah nak hantar bantuan pada dia dengan cara yang sangat tak diduga. Sebab tu la sentiasa kena bersangka baik dengan Allah setiap masa. "Indah perkongsian dari Kak Norlaili Osman ini. Dan indahnya jika kita tidak cepat melatah dan sering bersangka baik pada orang sekeliling kita," tulis Mohd Fadli. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1,700 shares di Facebook. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!